LIMBONGAN - Tidak cukup wang menyebabkan ibu kepada lima orang anak sanggup jalan kaki sejauh hampir 20 kilometer dari Bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh ke rumahnya di Taman Limbongan Permai selepas menguruskan permohonan bantuan kebajikan di Pusat Khidmat Barisan Nasional (Pembela BN) negeri Melaka.
Sharifah Khamis, 33, berbuat demikian kerana malu untuk mengadu atau mendapatkan wang tambang dari pusat khidmat berkenaan.
Menurut Sharifah, selepas selesai berurusan di pusat khidmat itu baru-baru ini, dia tidak cukup wang untuk tambang bas balik ke rumah.

“Saya malu untuk meminta wang kerana pihak terbabit sudah bantu bermacam-macam. Jadi saya nekad pulang ke rumah dengan jalan kaki, biarpun mengambil masa selama lebih dua jam.
“Bagi saya kesudian mereka membantu saya sudah memadai dan saya bersyukur dan ucap terima kasih kepada Pembela BN,” katanya ketika dikunjungi Pembela BN di rumahnya, semalam.
Sharifah berkata, kehidu-pannya menjadi gelap sejak ditinggalkan suami empat bulan lalu dan terpaksa memelihara empat orang anak masih bersekolah berusia dari lima hingga 14 tahun.
"Kerana masalah ini, saya datang ke pejabat Pembela BN bagi memohon bantuan mendapatkan kiosk niaga sebagai ikhtiar menyara kehidupan saya enam beranak.
“Kesempitan hidup saya sehingga tahap mahu menggadaikan telefon bimbit semata-mata mahu membeli tong gas memasak,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pembela BN negeri Melaka, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya akan membantu ibu terbabit termasuk mendapatkan kerjasama daripada sebuah institusi kewangan bagi membantu mendapatkan sebuah kiosk.
“Saya berasa simpati apabila mendapati Sharifah hanya mampu memberi makan semua anaknya itu dengan memasak terigu sahaja sebaik menjenguk dapur rumahnya.
“Keluarga ini juga ada menerima bantuan kanak-kanak (BKK) RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi anaknya yang bersekolah sejak hujung tahun lalu, selain bantuan makanan bulanan Majlis Agama Islam Melaka (Maim),” katanya.
Hadir sama ketika kunjungan, Penasihat Undang-Undang Pembela BN, Koh Tiam Guan; Sidang Kampung Limbongan, Mohamad Abdullah dan Timbalan Pengerusi Surau Taman Limbongan Permai, Mustapha Othman.

No comments:
Post a Comment