Kali ini disekat di pintu masuk Felda Teloi Timur. OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yg membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.
Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis. Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalulintas bukan menghalau samseng jalanan!
Sekali lagi hak bersuara dinafikan. Saya kesian tengok peneroka Felda Teloi Timur. Tanam semula dah 3 tahun tak siap, hutang sara hidup bertimbun, kami datang nak membantu, disekat pula.
Pengkhianat yg merompak harta peneroka seperti Isa Samad disanjung, manakala ANAK dan Pakatan Rakyat yg membela dan mempertahankan hak peneroka di halang dari menyampaikan maklumat.
Saya dan Sanusi, Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah sempat berucap atas hilux sebelum membuat laporan polis di IPD Sik.
Alhamdulillah, walaupun ahli PAS dari Sik dan Baling yg datang lebih ramai dari samseng jalanan tajaan Umno; kami tetap sabar.
Kita tinggal beberapa bulan sahaja lagi menawan Putrajaya, kalau hampir 5 tahun boleh bersabar dengan berbagai ujian dan provokasi Umno, takkan tinggal 2-3 bulan tidak boleh menahan sabar.
Berundur bukan bererti kalah, tapi berpandangan jauh dengan agenda lebih besar setelah menguasai Putrajaya!
Simpati dari warga Felda akan diperolehi. Gelagat samseng jalanan dirakam. Sebagaimana di Felda Sg Tengi, laman sosial dan media baru menunjukkan aksi2 hodoh para samseng ini.
Manusia yang waras tak akan menyokong samseng jalanan ini.
Sesungguhnya, kita bukan jadi kuda tunggangan DAP; tapi samseng jalanan ini sedia di peralat oleh Ahmad Maslan, Isa Samad dan Faizoull Ahmad!
Pemimpin Umno seronok beri arahan, dok dalam bilik aircon; peneroka dan gen 2/3 jadi korban.
Kesian sungguh....
No comments:
Post a Comment