Wednesday, February 6, 2013

KEMATIAN TERKEJUT DI KLINIK KESIHATAN KAPAR

Bacalah rintihan anak mangsa tersebut;
[Harap Berkongsi]

KEMATIAN TERKEJUT DI KLINIK KESIHATAN KAPAR. AKIBAT KESILAPAN SESETENGAH ORANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. PUNCA KEMATIAN DENGAN SENANG2 MENGATAKAN TIDAK DAPAT DIPASTIKAN. Pada 16/08/2010 jam lebih kurang 8.30 pagi saya anak lelaki kepada mangsa telah membawa mak saya ke klinik kesihatan kapar untuk mendapatkan rawatan sakit kaki biasa. Apabila saya menghantar mak saya ke klinik saya pulang ke rumah. setelah selesai diperiksa oleh doktor mak saya dibenarkan pulang dan diberi 3 jenis ubat iaitu1-GLOSIL 2-CLOXACILILLIN 3-DICLOFENAC. Mak saya pulang ke rumah dgn naik bas awam .Setelah pulang kerumah mak saya makan ubat yg diberikan oleh doktor tersebut. selepas makan ubat tersebut mak saya tiba2 rasa sesak nafas. Dengan segera saya membawa mak saya ke klinik tersebut. Semasa saya membawa mak saya ke klinik dia masih hidup doktor dan jururawat memberikan rawatan kecemasan dan saya diminta keluar dari bilik tersebut. Selepas 45 minit doktor dengan selamba memberitahu saya bahawa mak saya telah meninggal dunia dalam perjalanan ke klinik. Pada hal saya bawa mak saya ke klinik dia masih bernafas. Saya tak puas hati dengan jawapan mereka saya membuat laporan polis di balai polis kapar. Selepas bedah siasat yang dilakukan di HOSPITAL BESAR KLANG mereka memberitahu punca kematian tidak dapat dipastikan (menunggu ujian lanjut) sehingga hari ini keluarga masih belum dapat jawapan dari mana mana pihak. PENGARAH KESIHATAN, PENGARAH FARMASI DAN PEMBANTU PENGARAH JABATAN JANTUNG mengatakan kepada keluarga kami ini adalah kes pertama sebegini bagi mereka orang sihat x ada apa2 masalah tiba2 mati dan akan menjalankan siasatan dan memberitahu kami. sampai hari ini tak ada apa2 jawapan dari mana pihak. yang semua orang tak boleh terima dan tak pernah jumpa ialah dalam sijil kematian punca kematian tidak dapat dipastikan maksudnya??

(Mangsa tersebut adalah salah seorang daripada rakan fb saya)

No comments:

Post a Comment