Wednesday, February 6, 2013

Pesawat pengangkut AS lakukan 30 penerbangan di Mali



Konvoi tentera perisai Perancis meronda di kawasan antara Timbuktu dan Douentza kelmarin selepas berjaya menawan bandar Kidal, bandar terakhir yang dikuasai militan Islam di utara Mali. - AFP
WASHINGTON 5 Feb. - Pesawat pengangkut tentera Amerika Syarikat (AS) telah melakukan sebanyak 30 penerbangan bagi menyokong kempen ketenteraan Perancis di Mali, kata jurucakap tentera, malam tadi.
Jurucakap pertahanan, Mejar Rob Firman berkata, setakat kelmarin, pesawat Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) C-17 telah melakukan 30 penerbangan di Mali.
Katanya, kesemua penerbangan itu membawa sekurang-kurangnya 610 anggota tentera dan 760 tan peralatan serta bekalan ketenteraan sejak 21 Januari lalu.
''Sejak pengisian minyak dimulakan pada 27 Januari, USAF telah melakukan sebanyak sembilan misi dengan memindahkan minyak bernilai 360,000 pound (RM1.7 juta) kepada pesawat Perancis ,'' katanya.
Maklumat itu dikeluarkan selepas Naib Presiden AS, Joe Biden memuji 'ketegasan' dalam campur tangan Perancis di Mali, semalam.
Biden pada masa sama mencadangkan supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar pasukan pengaman ke negara itu.
Biden juga memuji kemampuan dan kecekapan tentera Perancis menguasai semula bandar-bandar utama di utara Mali sejak 11 Januari lalu yang ditawan militan sejak tahun lepas. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130206/lu_04/Pesawat-pengangkut-AS-lakukan-30-penerbangan-di-Mali#ixzz2K8Q2ooDU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment