Wednesday, February 6, 2013

ZED ZAIDI KECAM UMNO/BN KERANA LEBIH UTAMAKAN ARTIS LUAR BERBANDING ARTIS TEMPATAN

ZED ZAIDI KECAM UMNO/BN KERANA LEBIH UTAMAKAN ARTIS LUAR BERBANDING ARTIS TEMPATAN. ALANGAK BAIK KALAU PERUNTUKAN RM2 JUTA UNTUK MENBAWA MASUK PSY K-POP ITU DI SALURKAN KEPADA ARTIS TEMPATAN SESUAI DENGAN SLOGAN "RAKYAT DIDAHULUKAN".....KAHKAHKAH.....

Artis: BN patut utama artis tempatan, bukan Psy

5:41PM Feb 5 2013
Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Rozaidi Jamil menggesa penganjur konsert BN di Pulau Pinang pada 11 Februari supaya mengutamakan artis tempatan dan bukannya penyanyi pop Korea Psy.

Katanya, peruntukan besar untuk membawa artis rap tersebut sepatutnya disalurkan kepada artis tempatan – sesuai dengan slogan "rakyat didahulukan" yang diuar-uarkan kerajaan.

Pelakon dengan nama gelaran Zed Zaidi itu juga berkata, persembahan oleh artis luar seperti Psy hanya akan menguntungkan kerajaan yang mengaut bayaran cukai hiburan.

"Kemasukkan Psy K-Pop dibiayai oleh syarikat tempatan bukan duit rakyat. Walaupun 2 juta diperuntukkan lebih baik diberi kepada artis Malaysia.

"Artis luar terutama Psy K-Pop, penyanyi memberi kelebihan kepada cukai hiburan negara berbanding pelakon kerana ia cuma persembahan one-off.

"Saya menyarankan pihak-pihak bertanggungjawab perlu berlandaskan 1Malaysia DS @NajibRazak Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan cc @DrRaisYatim," katanya di Twtter.

Beliau mengulas rancangan BN untuk menampilkan Psy di persembahan sempena majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, kos pembayaraan bagi persembahan ringkas oleh Psy dijangka bernilai RM932,100 hingga RM1,242,800.

BN menjelaskan bahawa penyanyi yang popular dengan lagu "Gangnam Style" itu ditaja oleh sebuah syarikat swasta.
 

No comments:

Post a Comment