Wednesday, February 6, 2013

Drama tebusan Alabama: penyerang maut, kanak-kanak selamat



ALABAMA 5 Feb. - Lelaki yang menembak mati seorang pemandu bas sekolah dan menculik kanak-kanak berusia lima tahun untuk dijadikan tebusan hampir seminggu lalu di pedalaman Alabama, maut ditembak polis, semalam.
Ejen khas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bagi kes itu, Steve Richardson berkata, kanak-kanak itu bagaimanapun berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.
“Ejen FBI menyerbu kediaman yang menjadi tempat persembunyian lelaki itu selepas merasakan kanak-kanak itu berada dalam bahaya," katanya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130205/lu_10/Drama-tebusan-Alabama-penyerang-maut-kanak-kanak-selamat#ixzz2K8PCgzGf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment