Tidak mungkin bagi mana-mana negara yang dapat memastikan daftar pemilihnya 100 peratus bersih, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerana ia akan terjejas oleh kematian setiap hari serta perubahan alamat apabila orang berpindah.
"Jika saya bersih (daftar pemilih) hari ini, esok ada seseorang meninggal dunia, dan ia tidak bersih lagi...
"Nak cuci sampai macam mana tak tahu, Nak guna sabun apa?" kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Beliau menegaskan bahawa di sebalik pendedahan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah, daftar pemilih bagi negeri - dan untuk seluruh negara - adalah sebersih mungkin.
"Percayalah kami, daftar pemilih adalah bersih," katanya sambil menambah bahawa SPR hanya menerima warganegara dengan Mykad biru sebagai pengundi.
"Tentang bagaimana mereka mendapat Kad pengenalan, itu (di bawah bidangkuasa) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya.
Sebelum nama dimasukkan ke dalam daftar pemilih, SPR membuat "semakan yang ketat" dengan JPN bagi memastikan mereka yang didaftarkan adalah rakyat dan masih hidup.
"Jika ianya okay, barulah kita buat pendaftaran," jelas Abdul Aziz selepas melancarkan lamanweb khas www.pru13.gov.my yang akan memuatkan segala informasi serta proses berhubung perjalanan pilihan raya umum ke-13.
Beliau juga merayu kepada orang ramai supaya proaktif dan menyemak maklumat mereka dan mengemaskini SPR dengan butir dan alamat terbaru mereka.
Untuk tujuan itu, katanya, pengundi boleh SMS, emel, telefon atau melalui lamanweb baru itu.
Ditanya mengenai RCI yang sedang berjalan, Abdul Aziz enggan mengulas berhubung keterangan para saksi.
Katanya, beliau telah dinasihatkan supaya tidak mengulas mengenainya kerana prosiding masih berjalan.
Menurutnya, empat pegawai SPR sedang menunggu untuk memberi keterangan dan mereka akan menjawab soalan suruhanjaya tersebut. -Malaysiakini
—

No comments:
Post a Comment