Wednesday, February 6, 2013

4 pemborong durian mati ditembak di Yala



BANGKOK 5 Feb. - Empat pemborong durian termasuk seorang wanita mati ditembak sekumpulan tujuh lelaki bersenjata di rumah sewa mereka di pekan Krongpinang, Yala, hari ini.
Pegawai kanan polis Krongpinang. Lt. Anurak Ningsra berkata, mangsa yang berusia antara 25 dan 37 tahun itu diikat oleh kumpulan lelaki tersebut sebelum ditembak di kepala dalam kejadian pukul 5 pagi.
Rumah sewa itu terletak kira-kira 300 meter dari balai polis Krongpinang.
Polis melihat motif pembunuhan itu dari dua sudut iaitu kebangkitan semula golongan pemisah dan juga kemungkinan saingan perniagaan memandangkan mangsa berasal dari Rayong dan membeli durian di kawasan ini, katanya.
Lebih 5,000 terkorban sejak golongan pemisah menyambung semula gerakan bersenjata mereka bagi menuntut kemerdekaan wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat sembilan tahun lepas. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130205/lu_11/4-pemborong-durian-mati-ditembak-di-Yala#ixzz2K8PScS66
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment