|
MELAKA – Sebelum ini, Eddie Tie Zainal, 31, boleh melakukan pelbagai pekerjaan bagi menyara diri serta ibunya yang sudah berusia.
Kehidupannya bagaimanapun berubah dua tahun lalu apabila dia disahkan menghidap kencing manis tahap kritikal.
Lebih memeritkan apabila doktor di Hospital Melaka di sini memberitahu, kaki kanannya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong hingga ke paras betis.
Pada bulan September lalu, sebelah lagi kakinya juga terpaksa dipotong di paras sama walaupun dia merayu kepada doktor agar tidak memotong satu-satunya kakinya yang masih tinggal.
Menurut Eddie, sejak detik itu, dia sukar mendapat pekerjaan kerana terpaksa bergantung pada kaki palsu untuk bergerak.
“Pernah satu ketika, saya memohon bekerja di sebuah stesen minyak, namun saya diminta mengejar sebuah kereta sebelum diterima bekerja. Saya tak faham apa keperluan mengejar kereta dengan kerja di stesen minyak.
“Permohonan saya yang lain juga banyak dipandang sepi apabila mereka mengetahui keadaan kaki saya,” katanya.
Menurutnya, dia akhirnya diterima bekerja di sebuah kilang kecil memproses cendawan sebelum bekerja pula di sebuah stesen minyak berhampiran rumahnya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2HiFP9f6p
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment