Saturday, February 2, 2013

Kedutaan AS di Ankara dibom pengganas



WASHINGTON 2 Feb. - Amerika Syarikat semalam mengesahkan kedutaannya di Ankara telah diletupkan dalam serangan bom oleh pengganas.
Jurucakap Jabatan Negara, Victoria Nuland berkata dalam satu kenyataan, pihaknya mengesahkan kejadian letupan itu pada pukul 1.13 petang di bangunan kedutaan di Ankara, Turki.
“Kami sedang bekerjasama rapat dengan polis Turki untuk membuat penilaian mengenai kerosakan dan untuk memulakan suatu penyiasatan. " katanya.
Dalam kejadian tersebut, dua pengawal keselamatan Turki terkorban dan beberapa orang lain cedera.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130202/lu_11/Kedutaan-AS-di-Ankara-dibom-pengganas#ixzz2JkV3wIju
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment