Tuesday, March 5, 2013

AS salur bantuan bernilai RM776 juta


AS salur bantuan bernilai RM776 juta
Rundingan dua jam Kerry (kiri) dan Mursi di Riyadh, Arab Saudi.
RIYADH - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry mengumumkan AS bersetuju menyalurkan bantuan AS$250 juta  kepada Mesir selepas Presiden Mesir, Muhammad Mursi berjanji mengadakan rundingan  lanjut dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi meningkatkan ekonomi negara itu.

Kerry berkata, terdapat dua bahagian bantuan, pertama AS$190 juta untuk menangani keperluan pembangunan dan AS$60 juta untuk menyokong perniagaan kecil.

Menurutnya kesemua bajet berkenaan telah diluluskan oleh anggota Kongres.

“Dalam perbincangan itu juga Mursi berjanji memastikan keadilan pilihan raya Mesir pada April nanti tanpa komitmen politik antara Mesir dan AS,” katanya.

Beliau berkata, pembayaran itu dibuat secara berperingkat dengan pendahuluan AS$ 190 juta.

Sebelum ini, Mursi pernah memohon pinjaman AS$3.2 bilion (RM9.9 bilion) daripada IMF apabila ekonomi negara itu berdepan kesan ketidaktentuan ekonomi selepas penggulingan Presiden Hosni Mubarak, kira-kira setahun lalu.

Pemimpin Mesir itu memerlukan pinjaman untuk mengelakkan penurunan ketara ekonominya. - Reuters

No comments:

Post a Comment