LONDON - Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II yang berusia 86 tahun bermalam di sebuah hospital di sini kelmarin selepas dimasukkan buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun apabila disyaki mengalami radang perut dan usus.
Seorang jurucakap Istana Buckingham berkata, ratu itu terpaksa membatalkan rancangannya untuk melawat Rom pada minggu ini.
Baginda terkenal dengan keadaan kesihatan yang baik.
"Ratu itu dirawat di Hospital King Edward VII di London selepas mengalami simptom-simptom penyakit gastroenteritis.
Baginda kemudian dibenarkan keluar dari hospital tersebut semalam. Ratu itu berjabat tangan dengan beberapa kakitangan hospital sebelum berangkat pulang. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2Mcb2UGJp
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment