WASHINGTON - Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) memberi penghormatan dengan menganugerahkan pingat keberanian kepada mangsa geng rogol berusia 23 tahun di New Delhi, yang maut baru-baru ini.
Ia dikenali sebagai Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa 2013.
Wanita yang tidak didedahkan namanya itu telah dirogol dalam bas ketika bersama teman lelakinya pada 16 Disember lalu dan dirogol oleh sekumpulan lelaki.
Dia meninggal dunia dua minggu kemudian di sebuah hospital di Singapura.
Kes ini mengejutkan seluruh India sehingga menyebabkan berlaku protes jalanan menuntut keadilan terhadap gadis malang itu.
Dalam satu kenyataannya semalam, Jabatan Negara menyifatkan wanita yang lebih dikenali sebagai Nirbhaya, membawa maksud ‘berani’, menjadi asas kepada gerakan popular untuk menamatkan keganasan terhadap wanita di India.
“Bagi berjuta-juta wanita India, pengalaman pahit beliau, ketabahan dan keberanian keluarganya berjuang untuk menuntut keadilan menjadi asas dan punca kesedaran wanita di negara itu yang keganasan terhadap wanita wajar diberi keadilan,” katanya.
No comments:
Post a Comment