Tuesday, March 5, 2013

Hamas mula cari perisik Israel



BANDAR GAZA - Pemerintah Hamas di Gaza menyatakan pihaknya mula mencari penduduk Palestin yang didapati mengintip untuk Israel.
Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri di Gaza yang ditadbir Hamas, Kolonel Mohammed Lafi berkata, kempen tersebut dilakukan bagi melindungi para pejuang Palestin yang bertempur dengan tentera Israel.
Menurutnya, pihaknya turut memberikan amaran kepada penduduk Palestin berhubung aktiviti pengintipan.
Beberapa pegawai keselamatan Israel telah lama bergantung kepada rangkaian maklumat di wilayah Palestin untuk menangkap para pejuang Palestin.
Sejak Hamas merampas kuasa daripada Pihak Berkuasa Palestin di Gaza pada tahun 2007, pendekatan keras diambil terhadap penduduk Palestin yang bekerjasama dengan Israel.
Sekumpulan lelaki bersenjata telah membunuh 24 orang disyaki memberikan maklumat kepada Israel manakala 20 orang lagi dipenjarakan. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2McZomGoa 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment