Tuesday, March 5, 2013

Naik pangkat serta-merta

Najib bersama  Muhyiddin dan    Dr  Mahathir   menyambut  ketibaan jenazah Allahyarham Superintendan Ibrahim Lebar dan Lans Koperal Mohd Azrol Tukiran  di Pangkalan Udara Subang,  semalam.
Najib bersama Muhyiddin dan Dr Mahathir menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Superintendan Ibrahim Lebar dan Lans Koperal Mohd Azrol Tukiran di Pangkalan Udara Subang, semalam. Subang Jaya: Enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam tragedi berdarah di Kg Sri Jaya Siminul, Semporna, malam kelmarin dinaikkan pangkat berkuat kuasa serta-merta.

Ia diumumkan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar selepas dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengiktiraf pengorbanan mereka.
Khalid berkata, kenaikan pangkat itu diharap membantu meringankan beban kewangan isteri dan anak wira negara yang sanggup mengetepikan kepentingan peribadi untuk melindungi keselamatan negara dan ketenteraman awam.


“Perdana Menteri memaklumkan kepada saya perkara ini sejurus beliau tiba di Pangkalan Udara Subang, semalam bagi menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Superintendan Ibrahim Lebar dan Lans Koperal Mohd Azrol Tukiran.

Setimpal komitmen tinggi 

“Beliau turut meminta agar kenaikan pangkat disegerakan setimpal dengan komitmen tinggi dan keberanian semua pegawai dan anggota polis terbabit memburu kumpulan penceroboh hingga mengorbankan nyawa mereka,” katanya semalam.

Selain Ibrahim, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman dan Mohd Azrol, 27, dari Batalion 14 PGA Tawau, turut terkorban ialah Asisten Superintendan Michael Padel, 36, (Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Semporna), Sarjan Baharin Hamid (Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah) dan Koperal Salam Togiran, 42, (IPD Tawau).
Jenazah Ibrahim dan Mohd Azrol diterbangkan dari Tawau ke ibu negara menggunakan pesawat C-130 Hercules TUDM dan tiba di ibu negara jam 6.45 petang sebelum masing-masing dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya dan Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kampung Rantau Panjang, Klang, malam tadi.

Selain Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, turut menyambut ketibaan jenazah ialah Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Khalid juga berkata, PDRM dan kerajaan sedang menguruskan bantuan lain kepada isteri dan anak serta keluarga mereka.

No comments:

Post a Comment