Rejim Presiden Bashar al-Assad bukan sasaja takut kepada kumpulan penentang yang berjuang untuk menumbangkannya.
Malah, mereka yang terbunuh juga mencetuskan ketakutan kepada rejim itu.
Perkembangan ini dapat dilihat apabila rejim itu melaksanakan prosedur terbaru, memeriksa keranda dengan alasan keselamatan.
Pihak berkuasa negara itu kini melarang keranda yang hendak dikebumikan ditutup.
Keluarga si mati hanya boleh menggunakan kain kafan untuk menutup jenazah dan keranda itu mesti tidak ditutup dengan papan.
Dalam peraturan baru itu, keranda yang dibawa ke masjid hendaklah dibiarkan terbuka, begitu juga ketika disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Keranda yang sudah sedia terbuka turut diperiksa anggota keselamatan sebelum dibenar melakukan pengebumian.
“Apabila mereka mula menyelongkar keranda anak lelaki saya, saya lebih rela mati di situ juga daripada melihat dia dimalukan seperti itu walaupun dia sudah mati,” kata seorang wanita yang anaknya terbunuh baru-baru ini.
Upacara pengebumian secara tradisional yang memakan masa panjang juga dilarang sejak beberapa bulan revolusi bermula kerana ia kerap berakhir dengan demonstrasi menentang rejim. Ketika ini, hanya dua kereta dibenarkan dalam upacara pengebumian, sebuah membawa jenazah dan satu lagi membawa keluarga si mati. Kedua-duanya akan diperiksa dengan rapi. “Anda tidak akan tahu apa syaitan ini boleh lakukan,” kata seorang anggota keselamatan kepada pemandu kereta jenazah ketika dia memeriksa keranda seorang pemuda yang terbunuh.
“Mereka mungkin sembunyikan bahan letupan dalam keranda,” katanya. Anggota keluarga si mati juga diperiksa dengan rapi selepas pemeriksaan dokumen pengenalan diri.
No comments:
Post a Comment