Menteri Pertahanan Purnomo Yusgiantoro semalam memberi amaran kepada rakyat Indonesia supaya tidak bermain dengan isu rampasan kuasa terhadap kerajaan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin kononnya akan ada tunjuk perasaan besar-besaran pada 25 Mac depan untuk mendesak penggulingan kerajaan Susilo.
“Siapa yang hendak merampas kuasa. Pihak mana yang menguasai senjata? “TNI (Tentera Nasional Indonesia) bukan. Tetapi TNI tidak akan berbuat demikian,” kata Menteri Pertahanan itu selepas menyaksikan perlepasan pasukan Aerobatik Jupiter ke Langkawi di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur.
Menurut Purnomo, rampasan kuasa tidak akan berlaku ke atas kerajaan Susilo.
“Tidak akan ada rampasan kuasa. Jika terjadi atau ada pihak yang mahu bertindak menggulingkan kerajaan, kita akan serbu mereka.
“Jangan main-main dengan kedaulatan Negara Kesatuan Republik Indonesia,” kata Menteri Pertahanan Indonesia itu.
No comments:
Post a Comment