Saturday, March 23, 2013

Jumlah kematian meningkat



Kerajaan Myanmar semalam mengisytiharkan perintah berkurung di bandar raya ini selepas kekacauan antara penduduk Islam dengan Buddha mencetuskan kebimbangan kemungkinan pertumpahan darah akibat sengketa agama tahun lalu kini merebak ke tengah negara itu.

Dua puluh lima orang, hampir semuanya penduduk Islam terbunuh dan puluhan lagi cedera apabila penduduk beragama Buddha merusuh berikutan satu perkelahian di sebuah kedai emas milik seorang lelaki Islam.


Beberapa buah masjid dibakar oleh perusuh terbabit Ratusan penduduk Islam terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing untuk mencari perlindungan di sebuah stadium, kata pegawai tempatan. “Apabila saya keluar dari kereta, sekumpulan lelaki menyerang saya dengan pedang dan pisau,” kata seorang lelaki Islam yang diserang ketika dalam perjalanan ke stadium itu.

Dalam pada itu, beberapa mayat mangsa yang terbunuh dalam keganasan dua hari lalu masih dilihat bergelimpangan di sekitar jalan raya.


Kekacauan itu menyusuli keganasan penduduk Buddha di Rakhine tahun lalu yang meragut 180 nyawa kaum Rohingya dan menyebabkan lebih 120,000 orang hilang tempat tinggal.’

No comments:

Post a Comment