Baitulmaqdis: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam menyelar menyelar Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kerana menyamakan Zionis dengan Fasis.
Ia adalah perkembangan terbaru berkait dengan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang semakin retak sejak tiga tahun lalu.
“Perdana Menteri Benjamin Netanyahu denga keras mengecam kenyataan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan yang menyamakan Zionis dengan Fasis. “Kami merasakan kenyataan itu berunsur pembohongan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat pemimpin Zionis itu.
Recep dilapor membuat kenyataan menyamakan Zionis dengan Fasis ketika mempengerusikan forum Ketamadunan Sekutu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna baru-baru ini.
“Perlu untuk kita menimbangkan bahawa seperti Zionis atau anti-Semitisme atau Fasis, Islamophobia dianggap sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.
“Meletakkan kebencian agama adalah perkara yang sama dalam ideologi di sebalik pembentukan Israel,” kata pemimpin Turki itu. Turki dan Israel yang pernah menjadi sekutu rapat mengalami keretakan hubungan ekoran serbuan Israel ke atas kapal misi kemanusiaan yang dalam pelayaran ke Gaza pada 2010.
Keganasan tentera Zionis itu menyebabkan sembilan aktivis Turki terbunuh. - AFP
No comments:
Post a Comment