KUALA LUMPUR 22 Mac - Pemilik blog Papagomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris dikatakan dipukul oleh samseng selepas wajahnya disiarkan oleh media arus perdana dan laman-laman sosial hari ini.
Ekoran kejadian itu, Wan Muhammad Azri yang disaman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyiarkan gambar seorang lelaki yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu dengan lelaki lain di dalam blognya semalam, terpaksa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut blog TokGuru86, mangsa telah dipukul oleh dua lelaki yang menaiki motosikal berkuasa besar di sekitar Segambut, di sini.
Blog tersebut turut memaparkan beberapa keping gambar individu yang membelakangi kamera dengan kepala berdarah yang didakwa sebagai Wan Muhammad Azri.
"Beliau sekarang mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur," kata tokguru86.blogspot.com.
Bagaimanapun, Wan Muhammad Azri gagal dihubungi untuk mendapatkan pengesahan. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130322/je_10/Pemilik-blog-Papagomo-dipukul-samseng#ixzz2OLwPOflP
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment