Harakahdaily,
11 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini masing-masing mengumumkan waktu untuk pengunduran mereka.
Tsu Koon mengumumkan akan meletakkan jawatannya berkuat-kuasa 16 Mei ini bersama dengan Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow.
Buat sementara waktu sehingga proses pemilihan parti bermula akhir Jun ini, jawatan presiden Gerakan akan dipangku timbalannya Chang Ko Youn.
Sementara itu, Chua Soi Lek juga sudah menetapkan waktu untuk pengundurannya.
Soi Lek berkata, beliau akan berundur selepas pemilihan parti yang diadakan antara Jun dan Disember ini.
"Saya akan pergi pada masa yang sesuai apabila semuanya sudah selesai," kata beliau selepas mesyuarat Mesyuarat Majlis Presiden MCA di ibu negara hari ini.
Difahamkan tindakan kedua-dua pemimpin parti komponen BN itu dibuat sebagai bertanggungjawab terhadap prestasi hambar Gerakan dan MCA dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.
No comments:
Post a Comment