Wednesday, June 12, 2013

Gillard beri sebab biar mayat pendatang di laut

Gillard beri sebab biar mayat pendatang di laut
 Julia Gillard 
Sydney: Perdana Menteri Australia, Julia Gillard mempertahankan keputusan kerajaannya membiarkan mayat pendatang asing di laut selepas mereka lemas selepas dikritik mungkin mengambil tindakan berbeza jika mangsa rakyat Australia.

Operasi mencari dan menyelamat selama tiga hari di laut dan udara untuk menjejaki bot pendatang asing bersama sekurang-kurangnya 55 orang yang dilaporkan karam berhampiran Pulau Christmas, gagal untuk menemui mangsa selamat.
Lebih 13 mayat dikesan terapung dengan serpihan bot dan jaket keselamatan tetapi mereka tidak menemuinya ketika operasi mencari mangsa terselamat manakala pihak berkuasa kastam berkata kini terlalu sibuk untuk menyelamatkan bot lain.

Pegawai sempadan sudah menjelaskan, mereka utamakan langkah menyelamatkan nyawa dan saya rasa kita akan faham mengapa itu diutamakan dalam sebarang tugas atau kerja yang membabitkan sesuatu di sempadan.” Julia Gillard, Perdana Menteri Australia

“Ini adalah satu keputusan yang sukar tetapi satu keputusan pegawai operasi,” kata Gillard kepada pemberita.

“Pegawai sempadan sudah menjelaskan, mereka utamakan langkah menyelamatkan nyawa dan saya rasa kita akan faham mengapa itu diutamakan dalam sebarang tugas atau kerja yang membabitkan sesuatu di sempadan.”

Tetapi, masyarakat Tamil Australia mengkritik langkah berkenaan dengan menyifatkan mereka pasti akan marah jika mayat mangsa rakyat Australia ditinggalkan di perairan jauh dari Pulau Christmas di Lautan Hindi.

“Jika mangsa rakyat Australia, saya pasti marah,” kata pegawai eksekutif Kongres Tamil Australia, Bala Vigneswaran kepada Perbadanan Penyiaran Australia.
“Saya pasti setiap orang di Australia ini akan kecewa dan saya tidak fikir kita akan layan warga Australia sama seperti ini.”

Ditanya mengenai kritikan terbabit, Gillard berkata Australia sentiasa mementingkan langkah menyelamatkan nyawa.

Bot yang karam itu adalah antara beberapa yang tiba sepanjang minggu lalu bersama tujuh bot lain secara keseluruhannya membawa 500 orang yang dipintas pihak berkuasa pada Rabu termasuk satu yang membawa lebih 90 orang untuk mendapatkan bantuan berhampiran Pulau Christmas. - AFP

No comments:

Post a Comment