Hong Kong: Wartawan yang mendedahkan program intipan Amerika Syarikat melalui internet berkata, maklumat baru akan terus dilaporkan kepada umum beberapa bulan lagi.
“Kami akan buat pendedahan lebih penting untuk beberapa minggu dan bulan lagi,” katanya kepada akhbar The Guardian.
Greenwald membuat pendedahan kepada media mengenai program pengintipan Amerika itu menggunakan maklumat dibocorkan oleh Snowden, kontraktor pertahanan Amerika.
“Kami akan buat pendedahan lebih penting untuk beberapa minggu dan bulan lagi,” katanya kepada akhbar The Guardian.
Greenwald berkata, keputusan itu dibuat ketika memutuskan detik menyiarkan maklumat, Snowden, 29, pekerja Booz Allen Hamilton.
Gesa Snowden dihukum
Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Senat, Dianne Feinstein dari California menyifatkan Snowden melakukan ‘khianat’ dan wajar dihukum.
Dalam laporan Greenwald, minggu lalu, dia mendedahkan bagaimana Amerika mengumpul maklumat menerusi telefon dan internet.
Tidak diketahui di mana Snowden bersembunyi meskipun dipercayai masih ada di Hong Kong.
Dakwaan atau waran tangkap belum dikeluarkan terhadap Snowden.
Sementara itu, di SYDNEY, pengasas WikiLeaks, Julian Assange, menyifatkan Snowden sebagai ‘seorang wira.’
Assange juga berhubung secara langsung dengan bekas kakitangan ejen risikan pusat Amerika itu.
Assange bersembunyi di kedutaan Ecuador di London sejak hampir setahun lalu, selepas cuba mendapatkan perlindungan bagi mengelak dihantar ke Amerika kepada mendedahkan kabel diplomatik Amerika. - AP/AGENSI
No comments:
Post a Comment