Snowden
MOSCOW - Rusia menawarkan suaka politik kepada pembocor maklumat rahsia Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden tanpa syarat.
Media tempatan melaporkan pada AP, bekas ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) berusia 29 tahun itu kini menjadi pelarian politik selepas mengaku bertanggungjawab membocorkan rahsia kerajaan AS menerusi projek pengintipan yang boleh mengintip mana-mana individu dengan menggunakan internet dan talian telefon.
“Bekas pegawai teknikal itu kini berada di Hong Kong setelah melarikan diri dari Hawaii dan sedang menimbang untuk mencari perlindungan politik di Iceland,” menurut laporan itu.
Menurut laporan itu lagi, Presiden Vladimir Putin bersedia menawarkan perlindungan kepada Snowden.
Jurucakap Putin, Dmitry Peskov sebagai berkata, Rusia bersedia menerima kedatangan Snowden jika dia membuat permintaan rasmi.
Akhbar AS melaporkan, Snowden dikatakan telah meninggalkan hotel penginapannya di Hong Kong sejak minggu lalu.
“Kerajaan AS kini menerima desakan daripada ahli Kongres dan Senat yang mahu Snowden diekstradiksi untuk dibawa pulang dan dibicarakan mengikut undang-undang tempatan,” memetik laporan itu.

No comments:
Post a Comment