Wednesday, June 12, 2013

Mohon kes khalwat digugurkan

Mohon kes khalwat digugurkanSETELAH dua tahun menghadapi pertuduhan khalwat, Beego, 33, mengharapkan agar kes khalwatnya segera berakhir. Memandangkan dia sudah berkahwin, pelakon popular menerusi sitcom Puteri ini turut berharap agar kes tersebut dapat digugurkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

"Kes ini masih lagi berjalan dan sekarang saya pun sedang cari peguam yang dapat selesaikan kes ini dengan cepat," katanya mengulas perkembangan kes tersebut.

Terdahulu, Beego dan empat lagi rakannya ditahan oleh sekumpulan pegawai penguat kuasa agama di sebuah kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang, pada ada 23 Februari 2011, kira-kira jam 6 pagi.

Bertanyakan sama ada kes ini memberi kesan terhadap kehidupan bersama isterinya, Beego memberitahu, dia sangat bersyukur kerana Linda sangat memahami situasinya.

"Linda sudah hadapi kes ini sebelum kami berkahwin lagi. Saya sangat bertuah kerana dia seorang yang sangat memahami.

"Dia banyak bagi sokongan yang kuat kepada saya untuk terus berdepan dengan proses pengadilan di mahkamah," katanya.

Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, selamat diijabkabulkan dengan aktres, Norhazlinda Hashim, atau lebih dikenali sebagai Linda Hashim dengan sekali lafaz pada jam 9.26 malam, Jumaat lalu.

No comments:

Post a Comment