Tuesday, December 31, 2013

Gelandangan bersihkan loji nuklear

Gelandangan bersihkan  loji nuklearIKLAN tawaran kerja di asrama pekerja di Tome, wilayah Miyagi Jepun, mendorong gelandangan memohon untuk bekerja di loji pembersihan bahan radioaktif, manakala (gambar kecil) penunjuk perasaan memakai sut khas membawa tong sisa nuklear olok-olok bagi membantah rancangan kerajaan Jepun untuk memulakan kembali operasi loji nuklear negara itu, baru-baru ini. - Foto REUTERS/AFP Tindakan kontraktor cetus bantahan, langgar hak asasi manusia

Tokyo: Satu siasatan mendedahkan bahawa kontraktor di loji jana kuasa nuklear Jepun di Fukushima Daiichi, yang musnah akibat gempa bumi mengambil penduduk gelandangan untuk bekerja di dalam operasi pembersihan bahan radioaktif.

Siasatan mendapati bahawa kontraktor terbabit menggunakan gelandangan untuk bekerja dalam projek berbahaya nyah cemar dengan gaji di bawah paras minimum kira-kira AS$6.50 (RM21.41) sejam.

“Kami adalah sasaran mudah untuk perekrut,” kata Shizuya Nishiyama, 57, gelandangan yang diambil untuk membersihkan kawasan radioaktif di Fukushima.


Tak terima gaji

Katanya, sebilangan broker buruh berkata kepada kami, “Adakah anda mencari kerja? Adakah anda lapar? Dan jika kami tidak makan apa-apa, mereka kemudian menawarkan kami pekerjaan.”

Seorang paderi Baptist dan pemimpin kumpulan sokongan gelandangan Sendai Night Patrol Group, Yasuhiro Aoki, berkata tanpa sebarang maklumat mengenai bahaya potensi, ramai penduduk gelandangan diletakkan di dalam asrama, manakala bayaran untuk tempat tidur dan makanan secara automatik ditolak daripada gaji mereka.
“Kemudian, pada akhir bulan, mereka tidak dibayar gaji sama sekali,” katanya.

Satu undang-undang pada 2011 yang mengawal selia nyah cemar meletakkan Kementerian Alam Sekitar Jepun bertanggungjawab untuk menguruskan misi pembersihan.

Bagaimanapun, undang-undang sama mengawal kontraktor secara longgar, menjadikannya mudah bagi mereka mendapat kontrak mengeluarkan bahan radiasi tanpa mematuhi hak asasi untuk pekerja.

Kontraktor atasan, termasuk Kajima Corp, Taisei Corp dan Shimizu Corp bertanggungjawab untuk memantau pengambilan pekerja, rekod keselamatan dan kelayakan ratusan firma kecil terbabit dalam proses nyah cemar di Fukushima.


Operasi perlahan

Pihak berkuasa berkata, operasi pembersihan di loji Fukushima agak perlahan disebabkan kekurangan pekerja.

Loji berkenaan membocorkan radiasi ke udara, tanah dan Lautan Pasifik sejak ia dilanda satu gempa bumi dan tsunami magnitud 9 pada 11 Mac 2011.

Gegaran itu mencetuskan satu krisis nuklear dengan memutuskan bekalan kuasa kepada sistem penyejukan dan peleburan reaktor di loji yang terletak di pantai timur laut Jepun. - AGENSI

Berpengaruh dan kontroversi



EDWARD SNOWDEN
EDWARD SNOWDEN
LELAKI Amerika Syarikat (AS) berusia 30 tahun ini mula mendapat perhatian dunia awal tahun ini selepas mendedahkan kerja-kerja pengintipan yang dilakukan oleh agensi risikan negaranya ke atas e-mel peribadi rakyatnya sendiri atas alasan mengekang aktiviti pengganas.
Pendedahan bekas kontraktor Agensi Keselamatan Negara (NSA) itu mencetuskan kemarahan rakyat AS ke atas kerajaan Presiden Barack Obama yang dianggap menceroboh peribadi mereka. Namun impak lebih besar ekoran pendedahan itu adalah apabila tercetus `perang diplomasi’ antara AS dengan pemimpin negara-negara lain yang turut menjadi mangsa intipan negara Uncle Sam itu.
Presiden Brazil Dilma Roussef menangguhkan lawatan kerja ke AS selepas mendapat tahu yang dirinya, anggota parti dan rakyat negaranya termasuk dalam senarai orang yang diintip NSA.
Di rantau sebelah sini termasuk Malaysia, nama Snowden mula menjadi sebutan apabila akhbar Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan pendedahan beliau bahawa Kedutaan AS dan Suruhanjaya Tinggi Australia di negara ini melakukan pengintipan dengan memintas maklumat radio, telekomunikasi dan Internet rakyat negara ini.
Snowden mendedahkan perkara sama berlaku di Indonesia, Jerman dan beberapa negara lagi.
Akibat tindakannya mendedahkan operasi sulit itu, Snowden terpaksa menjadi pelarian apabila White House dan jawatankuasa perisikan Kongres AS menolak rayuan pengampunan yang dikemukakannya menerusi surat yang diberikan kepada ahli politik Jerman sebelum disiarkan kepada umum.
Jawatankuasa Perisikan Senat AS berpendapat jika benar Snowden mempunyai maklumat itu, beliau sepatutnya melaporkan perkara tersebut kepada jawatankuasa itu terlebih dahulu, bukan mendedahkannya kepada umum. Jawatankuasa itu melihat pengampunan kepada Snowden sebagai 'satu idea yang teruk'.
Sesungguhnya pembongkaran oleh Snowden ini telah membuka mata dunia tentang keikhlasan AS dalam mencari kawan yang sememangnya telah lama diragui. Pendedahan Snowden telah membuka pekung AS di kalangan sekutunya.
Agak ironik apabila kuasa besar yang sibuk mengintip rahsia orang lain, melangkaui sempadan negara asing, gagal mengesan gerakan yang berlaku di bawah bumbungnya sendiri.
Pembocoran maklumat sulit NSA oleh Snowden ini sebenarnya bermula sejak penghujung 2012 apabila beliau mendedahkannya kepada wartawan akhbar The Guardian, Glenn Greenwald.
Sehingga Mei 2013, pihak NSA masih tidak mengetahuinya sehinggalah wawancara secara online bersama akhbar Der Spiegel disiarkan namun ketika itu Snowden telah pun melarikan diri ke Hong Kong.
Sejak itu akhbar The Guardian (Britain), Der Spiegel (Jerman), The Washington Post dan The New York Times (AS), O Globo (Brazil), Le Monde (France) dan beberapa lagi, terus menyiarkan pendedahan tentang kerja-kerja pengintipan AS secara konsisten.
Menurut Snowden yang kini berlindung di Rusia, NSA didakwa mula mengumpul data komunikasi secara meluas sejak insiden serangan 11 September 2001.
Bagi Snowden, misinya tercapai selepas enam bulan mendedahkan rahsia NSA apabila AS terpaksa mengkaji semula dasar pengintipan negara itu.
Dalam wawancara bersama The Washington Post, Snowden berkata, beliau berpuas hati kerana masyarakat umum kini mengetahui kerajaan AS melakukan pengintipan secara meluas melalui Internet dan rekod panggilan telefon.
"Saya telah menang dan secara peribadi, misi ini telah mencapai matlamatnya. Saya tidak mahu mengubah masyarakat, tetapi saya mahu orang ramai diberi peluang sama ada mahu berubah dengan sendiri atau tidak," katanya.
Menurut Snowden, beliau tidak berniat mengkhianati NSA, sebaliknya mahu memperbaiki kelemahan agensi berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131229/lu_03/Berpengaruh-dan-kontroversi#ixzz2p2rvHkXb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Perarakan pembangkang lumpuhkan Dhaka



DHAKA, 31 Dis - Ibu negara Bangladesh terputus hubungan dengan bahagian-bahagian lain di negara ini, semalam dengan perkhidmatan pengangkutan ke Dhaka terhenti masuk hari kedua, berikutan perarakan yang diadakan sebagai protes terhadap pilihan raya yang akan diadakan pada minggu depan.
Dengan ketua pembangkang, Khaleda Zia dikenakan tahanan di rumah sejak Rabu lalu, Persuruhjaya Tinggi Britain ke Bangladesh menjadi diplomat pertama bertemu dengan beliau, sehari selepas polis menghalang beliau meninggalkan kediamannya untuk berucap pada satu perhimpunan.
"Robert Gibson menemui Zia di kediamannya di Gulshan," kata seorang jurucakap Kedutaan Britain kepada AFP, dengan anggota polis berkawal di luar kediaman Zia di Dhaka.
Dengan keganasan tercetus di beberapa tempat di negara ini mengakibatkan seorang terbunuh, perkhidmatan bas, feri dan kereta api sekali lagi digantung, dan sekatan jalan diadakan di ibu negara bagi menghalang penyokong pembangkang memasuki Dhaka untuk menyertai perarakan itu.
Pembangkang dan sekutu mereka telah melancarkan perarakan itu dengan harapan dapat menarik penyertaan sejuta penduduk menuju ke tengah Dhaka, sebagai percubaan terakhir mereka untuk mendesak Perdana Menteri, Sheikh Hasina meletakkan jawatan dan membatalkan pilihan raya yang dijadual diadakan pada 5 Januari ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131231/lu_01/Perarakan-pembangkang-lumpuhkan-Dhaka#ixzz2p2nzvHHJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis Thai lancar tunjuk perasaan




BEBERAPA anggota polis melancarkan tunjuk perasaan di Royal Plaza, Bangkok semalam.


BANGKOK - Polis Thailand semalam melancarkan tunjuk perasaan bagi menyuarakan perasaan tidak puas hati kerana terpaksa menangani tunjuk perasaan antikerajaan sejak bulan lalu.
Kira-kira 500 anggota polis datang bersama keluarga mereka untuk berhimpun di sebuah dataran awam dekat kem para penunjuk perasaan bagi menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka.
Seorang anggota polis mati akibat ditembak lima hari lalu ketika bertempur dengan para penunjuk perasaan yang cuba menghalang calon-calon pilihan raya mendaftar diri untuk bertanding pada pilihan raya umum pada Februari depan.
Anggota-anggota polis itu yang berhimpun itu diketuai oleh seorang pegawai kanan polis, Niwat Puenguthaisri.
Sejak bulan lalu, para penunjuk perasaan berhimpun di Bangkok bagi menuntut Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra meletakkan jawatan selepas beliau dituduh menjadi boneka abangnya, Thaksin Shinawatra.
Thaksin kini hidup dalam buangan selepas digulingkan tentera kerana kerajaannya dicemari penyalahgunaan kuasa pada tahun 2006. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2p0MeqfS4 
Hakcipta terpelihara 

Monday, December 30, 2013

Kemelut politik Thai ragut 8 nyawa


Bangkok: Lapan orang terbunuh dan lebih 300 lagi cedera sejak dua bulan lalu berikutan ketegangan politik yang kian memuncak hingga mendorong kepada pertempuran dengan polis Khamis lalu dan insiden tembakan kelmarin.

Seorang penunjuk perasaan antikerajaan maut dan tiga lagi cedera parah selepas ditembak lelaki tidak dikenali berhampiran kompleks kerajaan awal pagi kelmarin, kata petugas kecemasan. Empat lelaki berkenaan ditembak kira-kira jam 3 pagi dekat pintu pagar keempat kompleks kerajaan, menurut Pentadbiran Metropolitan Bangkok untuk Pusat Khidmat Perubatan Kecemasan Erawan.


Seorang lelaki turut ditembak ketika memandu berhampiran kompleks kerajaan kira-kira sejam kemudian, kata polis.



Penunjuk perasaan Yottana Aongart dari Chumpon ditembak di rusuk. Peluru dari rusuk kanan menembusi rusuk kirinya. Dia dimasukkan ke Hospital Klang tetapi meninggal tidak lama kemudian.


Yottana, 26, ialah mangsa kelapan yang maut dalam demonstrasi antikerajaan. Lima maut di Universiti Ramkhamhaeng pada awal bulan, manakala dua lagi terbunuh dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dengan polis di Stadium Thai-Jepun di Din Daeng Khamis lalu. Lebih 300 cedera dengan sebahagiannya dalam keadaan parah.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Tawan Bangkok


Bangkok: Penunjuk perasaan anti kerajaan merancang ‘menawan Bangkok’ selepas cuti Tahun Baru ini.

Pemimpin tunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban berikrar demikian lewat kelmarin ketika bercakap kepada penunjuk perasaan di Dataran Demokrasi.


Katanya, selepas bercuti Tahun Baru penunjuk perasaan perlu datang semula untuk menawan Bangkok bagi mengembalikan kuasa kepada rakyat.



“Saya minta saudara kita di seluruh Thailand supaya bersedia dan membantu kita menawan Bangkok,” katanya.


“Nantikan isyarat daripada kami. Bawa pakaian dan makanan bersama anda kerana kita akan berjuang selama beberapa bulan sehingga kita berjaya.


“Bagi saudara kita di Bangkok, kita tidak akan berganjak walaupun seinci daripada bandar raya ini. Kita tidak akan benarkan orang Thaksin (bekas perdana menteri) kekal dan mengambil kesempatan terhadap rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, jika ada penduduk Bangkok yang bimbang mengenai keadaan yang berlaku, mereka perlu kekal untuk sementara waktu di wilayah lain.


Sementara itu, pemimpin baju merah, kumpulan yang menyokong kerajaan berkata, mereka perlu bersedia untuk bangkit dan menghalang sebarang cubaan rampasan kuasa.

Gesaan itu dibuat selepas panglima tentera Jeneral Prayuth Chan-ocha tidak menolak kemungkinan pihaknya akan merampas kuasa.


Nattawut Saikua, Timbalan Menteri Perdagangan dalam kerajaan sementara yang juga pemimpin Barisan Bersatu Bagi Demokrasi menentang Kuku Besi (UDD) berkata semalam, kenyataan Prayuth Jumaat lalu mencetuskan kebimbangan di seluruh negara itu.


Seorang lagi pemimpin UDD, Jatuporn Prompan berkata, jika rampasan kuasa berlaku, tentera akan dilihat sebagai menyokong Suthep. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Lanjut lelong dara

Foto
CATARINA
Rio de Janeiro: Catarina Migliorini, pelajar kolej berusia 23 tahun di Brazil yang menjadi tumpuan dunia kerana melelong daranya, kini mengiklankan lagi untuk melelong daranya itu.
Pada masa sama, wanita itu juga menimbang untuk menerima lamaran seorang jutawan Arab. Pada 2012, seorang jutawan Jepun menawar Catarina AS$780,000 (RM2.6 juta) untuk membeli daranya menerusi lelongan secara online.

Bagaimanapun, urusan jual beli itu gagal dan dia sekali lagi melelong daranya menerusi laman web VirginsWanted2.com.
Tawaran itu dilanjutkan dari 12 Disember hingga 12 Februari. Catarina juga berkata, dia menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab.

Tanpa mendedahkan identiti lelaki itu, Catarina memberitahu mereka saling berbual menerusi Skype dan menyifatkan lelaki berkenaan sebagai ‘penganut Islam progresif.’ “Saya mengambil keputusan untuk meneruskan tawaran itu. Pada masa sama, saya menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab. dan kini menimbangnya kerana ia membabitkan perkahwinan.

“Memandangkan musim panas menjelang dan sudah tentu banyak parti diadakan, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan lelongan itu bagi sambil menimbang tawaran itu. “Jutawan Arab itu kelihatan begitu romantik dan menguasai 11 bahasa. Dia berumur antara 35 dan 40 tahun, kacak dan pintar. “Dia tinggal di rumah agam. Saya melihatnya menerusi skype,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Catarina, lelaki itu tidak bersetuju dengan tindakannya melelong daranya sehingga sanggup menawarkan AS$1.5 juta (RM4.9juta) kepadanya supaya menghentikan lelongan itu, berkahwin dengannya dan berpindah ke negara asalnya.

“Dia tidak suka dengan tindakan saya. Dia anggap tidak sesuai kerana saya cantik, muda, berbakat dan cerdik.
“Dia mahu mengahwini saya dan mencadangkan kami bertemu di Malta supaya dapat berkenalan lebih rapat.

“Malta negara berkecuali dan saya boleh membawa keluarga saya. Semuanya dia akan tanggung.

“Saya suka berbual dengannya kerana dia penyayang, romantik dan pintar. Tetapi saya tidak mahu berkahwin kerana ia membabitkan wang yang banyak. “ Ia membabitkan perasaan cinta dan saya tidak mahu terikat,” katanya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Musharraf kecam tuduhan pengkhianatan

Musharraf  kecam tuduhan pengkhianatan
Islamabad: Bekas pemerintah tentera Pakistan, Pervez Musharraf (gambar), semalam mengecam tuduhan pengkhianatan ke atasnya dan menyifatkan ia sebagai balas dendam sambil berkata beliau memiliki sokongan tentera di dalam kes itu.

Bekas pemimpin berusia 70 tahun itu berkata keseluruhan tentera kecewa dengan dakwaan pengkhianatan, dalam ulasan pertamanya kepada media antarabangsa sejak dikenakan tahanan rumah April lalu.

Tuduhan pengkhianatan itu adalah dakwaan terbaru dan paling serius dalam kes jenayah dikaitkan dengan pemerintahan sembilan tahun Musharraf yang pernah dihadapinya sejak kembali ke Pakistan Mac lalu.


Cetus pertelagahan

Kes berkenaan mungkin mencetuskan pertelagahan antara kerajaan dengan tentera, selain mengancam kestabilan ketika negara bersenjata nuklear itu bergelut dengan pemberontakan Taliban, krisis tenaga kronik dan ekonomi pegun.

Tentera yang memerintah Pakistan selama lebih separuh daripada sejarah 66 tahun negara itu tidak membuat sebarang ulasan awam langsung dalam kes itu, namun dianggap tidak bersetuju jika bekas ketuanya dimalukan dalam perbicaraan mahkamah awam.

“Saya mengatakan keseluruhan tentera kecewa. Saya mengetuai tentera dari hadapan,” kata Musharraf kepada media di rumah ladangnya di pinggir bandar ini.
“Saya tidak ragu-ragu dengan maklum balas yang saya terima bahawa keseluruhan tentera bersama saya sepenuhnya dalam isu ini.”

Tuduhan pengkhianatan dikaitkan dengan pemerintahan darurat Musharraf pada November 2007 dan jika didapati bersalah dia mungkin berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup. - AFP

53 parti bertanding

53 parti bertandingPenunjuk perasaan anti kerajaan berjalan melintas tembok guni pasir yang dibina di luar bangunan kerajaan di Bangkok, semalam. - Foto REUTERS

  Pilihan raya Thailand ditetapkan 2 Februari

Bangkok: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand mendaftarkan 53 parti politik yang akan bertanding dalam pilihan raya Parlimen luar biasa, kata agensi itu yang dipetik media antarabangsa.

Dokumen yang diterima bermula 23 Disember hingga 27 Disember ketika tekanan hebat tindakan bantahan antikerajaan. Walaupun dipulaukan pembangkang, jumlah parti yang akan bertanding lebih tinggi berbanding kempen pilihan raya sebelum ini. Pada 2011, 40 parti mengambil bahagian.

SPR mula menerima dokumen daripada timbalan, yang dicalonkan oleh kawasan” Pegawai SPR Thailand

Kelmarin, SPR Thailand melaporkan ia menerima dokumen berkaitan calon sejak 23 Disember walaupun menerima tekanan penunjuk perasaan antikerajaan untuk menghalang pilihan raya 2 Februari depan.

“SPR mula menerima dokumen daripada timbalan, yang dicalonkan oleh kawasan,” kata seorang pegawai.

Bekas parti pemerintah, Pheu Thai, akan mengambil bahagian dalam pilihan raya itu, mencalonkan Yingluck Shinawatra, yang mengetuai kerajaan berikutan kejayaan dalam pilihan raya sebelum ini.

Terpaksa henti kerja
Di dua wilayah selatan, anggota suruhanjaya terpaksa menghentikan kerja mereka disebabkan bantahan oleh pembangkang yang mengepung bangunan. Pendaftaran calon diteruskan hingga 1 Januari ini.

Thailand digegarkan dengan kekacauan lewat Oktober lalu, apabila kerajaan mencadangkan rang undang-undang pengampunan untuk membebaskan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra daripada sabitan rasuah.

Thaksin, abang Yingluck, memilih hidup di dalam buangan di Dubai sejak disingkirkan dalam rampasan kuasa tentera 2006 dan berdepan hukuman penjara jika kembali ke negara itu.

Penunjuk perasaan menuduh Yingluck menjadi boneka abangnya dan menggesa beliau meletak jawatan. - AGENSI

Sunday, December 29, 2013

nak mampus!!

Tangan siapakah itu?


Perhatikan betul-betul apa yang pelik.....

Erdogan didesak berundur


ISTANBUL 28 Dis. - Polis Turki semalam bertindak melepaskan gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah untuk menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan dalam demonstrasi di Dataran Taksim di sini bagi menggesa Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan meletakkan jawatan ekoran skandal rasuah.
Kira-kira 1,000 penunjuk perasaan daripada parti pembangkang membaling batu dan mercun ke arah anggota polis sambil melaungkan slogan "Tangkap Pencuri!" yang merujuk kepada Erdogan, dalam kejadian tersebut.
Polis turut bertindak mengejar penunjuk perasaan sehingga ke kawasan pusat membeli-belah Istikal Caddesi yang terletak berdekatan dataran tersebut.
Sekurang-kurangnya 70 orang penunjuk perasaan dilaporkan ditahan.
Demonstrasi antikerajaan juga dilaporkan berlaku di beberapa lagi tempat termasuklah di Ankara dan Izmir.
Menurut Persatuan Peguam Istanbul, seramai 31 orang termasuk tiga peguam turut ditahan kerana terlibat dalam satu tunjuk perasaan di Istanbul.
Dalam pada itu, Erdogan yang melawat Sakarya disambut beribu-ribu penyokongnya apabila tiba di sebuah lapangan terbang di wilayah itu, semalam.
Erdogan dalam ucapannya di Sakarya menyifatkan siasatan rasuah yang sedang dijalankan sebagai halangan usaha pembinaan Turki yang baharu.
"Dakwaan ini bukan menjadikan saya atau parti pimpinan saya sebagai sasaran tetapi menyasarkan kebebasan dan masa depan negara Turki," katanya yang dipetik oleh agensi berita Anadolu.
Skandal rasuah di Turki bermula pada 17 Disember lalu apabila polis yang menjalankan siasatan penyelewengan berprofil tinggi bertindak menahan 24 orang termasuk anak tiga menteri Kabinet dan Ketua Eksekutif bank milik kerajaan, Halkbank, Suleyman Aslan. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131229/lu_05/Erdogan-didesak-berundur#ixzz2opp8k1co
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Situasi Bangkok makin runcing


Sebahagian penunjuk perasaan antikerajaan menyanyikan lagi kebangsaan Thailand ketika mengadakan perhimpunan di Monumen Demokrasi di Bangkok, kelmarin. - REUTERS
BANGKOK 28 Dis. - Situasi di Thailand dilihat semakin buruk selepas satu serangan bersenjata ke atas penunjuk perasaan antikerajaan awal pagi ini, menyaksikan seorang maut dan empat orang lain cedera.
Mangsa terbunuh yang merupakan seorang pengawal keselamatan yang bertugas mengawal lokasi penunjuk perasaan antikerajaan berdekatan Rumah Kerajaan di sini kira-kira pukul 3 pagi ini (4 petang waktu Malaysia).
Mangsa dikenali sebagai Jamrieng Jitwat, 31, dari wilayah Prachuab Khiri, Selatan Thailand.
Menurut saksi, ketika kejadian, mereka sedang tidur di khemah yang dibina berhampiran Rumah Kerajaan sebelum mereka terdengar bunyi tembakan kira-kira pukul 3.30 pagi waktu tempatan.
''Saya sedang tidur apabila saya tersedar mendengar bunyi beberapa tembakan. Saya rasa amat terkejut,'' kata seorang penunjuk perasaan berusia 18 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai 'Boy'.
Seorang lagi saksi berkata, tembakan itu mungkin dilepaskan dari sebuah kereta dengan kesan tembakan dapat dilihat pada dinding konkrit, sebuah generator dan khemah yang didiami mangsa.
Dalam pada itu, ketua tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha tidak menolak kemungkinan campur tangan tentera dalam konflik tersebut ketika ditanya media sama ada pasukan keselamatan tersebut akan melakukan rampasan kuasa.
Sementara itu, proses pendaftaran calon pilihan raya yang akan diadakan pada Februari ini tetap berlangsung hari ini walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand meminta agar pilihan raya tersebut ditangguhkan selepas kejadian keganasan di sini kelmarin.
Bagaimanapun, laman web akhbar Bangkok Post melaporkan, pendaftaran calon bagi lima wilayah di selatan negara ini tidak dapat dilaksanakan selepas penunjuk perasaan antikerajaan mengepung pusat pendaftaran calon.
Pesuruhjaya Pentadbiran Pilihan Raya Thailand, Somchai Srisuthiyakorn berkata, lima wilayah terbabit adalah Nakhon Si Thammarat, Chumphon, Surat Thani, Krabi dan Songkhla.
''Dewan pendaftaran di Chumphon dikepung oleh penunjuk perasaan yang turut memotong bekalan elektrik dan air sehingga mengakibatkan calon pilihan raya tidak boleh masuk,'' katanya. - REUTERS/BERNAMA/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131229/lu_03/Situasi-Bangkok-makin-runcing#ixzz2opokDoJn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

China mansuh dasar satu anak


2013/12/29
Beijing: Jawatankuasa perundangan China secara rasmi melonggarkan dasar kontroversi satu anak, yang diamalkan di negara itu semalam dan menghapuskan kem pendidikan semula menerusi buruh, lapor media.

Keputusan itu diambil oleh jawatankuasa tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Parlimen China, pada penutup mesyuarat selama enam hari, lapor agensi berita Xinhua.


Pengecualian kepada dasar satu anak itu membolehkan pasangan sama ada ibu bapa yang tidak mempunyai saudara mara memiliki dua anak, berbandingmembentuk dasar perancangan keluarga tegas yang dilaksanakan lebih tiga dekad lalu untuk mengelakkan terlalu ramai penduduk di negara paling ramai rakyat di dunia itu.

Pemansuhan proses pendidikan semula menerusi buruh dikenali sebagai laojiao akan melihat banduan sedia ada dibebaskan.

“Baki hukuman tidak akan dikuatkuasakan lagi,” memetik resolusi NPC sebagai berkata.

Rakyat luah rasa marah

China berpendapat had satu anak boleh memastikan kadar pertambahan rakyatnya dapat diperiksa dan membantu pembangunan pantas negara, yang melihat ia meningkat daripada kemiskinan menjadi ekonomi kedua terbesar dunia.
Namun, pelaksanaan dasar ketika itu melampau. Tahun lalu, rakyat meluahkan kemarahan apabila gambar diedarkan menunjukkan seorang wanita dipaksa menggugurkan kandungannya yang berusia tujuh bulan.

Kini China berdepan cabaran demografik, termasuk pertambahan penduduk warga tua, kekurangan tenaga buruh dan ketidakseimbangan penduduk lelaki serta wanita.
Nisbah jantina di negara itu bertambah kepada 115 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala rakyat yang bekerja mula menurun tahun lalu.

Kadar kelahiran menurun kepada kira-kira 1.5 sejak 1990-an, di bawah kadar penggantian, menurut Xinhua.

Walaupun melonggar dasar satu anak dianggar dilaksanakan kepada 10 juta pasangan dialu-alukan, pengkritik berkata kerajaan mengekalkan prinsip menentukan berapa ramai anak boleh dimiliki pasangan suami isteri. - AFP

Muhammad Ali kembalikan darjah kebesaran


KUALA LUMPUR - Tokoh korporat, Tan Sri Muhammad Ali Hashim memaklumkan beliau telah mengembalikan kesemua tiga darjah kebesaran negeri Johor kepada Jumaah Majlis Diraja Johor semalam.
Tindakan itu diambil berikutan kenyataan Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli pada 5 Disember lepas berhubung artikel tulisan beliau dalam sebuah akhbar tempatan yang disiar pada 2 Disember lalu, kata Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia itu dalam satu kenyataan di sini semalam.
Darjah kebesaran yang dikembalikan ialah Darjah Datuk Seri Paduka Mahkota Johor yang diterima pada 8 April 1996 dan Darjah Datuk Paduka Mahkota Johor yang diterima pada 8 April 1984, kedua-duanya membawa gelaran 'Datuk' serta Darjah Setia Mahkota Johor.
Muhammad Ali berkata, beliau telah menulis surat kepada Abdul Rahim pada 18 Disember lepas untuk memberi penjelasan berhubung artikel tulisan beliau bertajuk Menuntut Hak, Menebus Masa Silam yang didakwa Abdul Rahim dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negeri itu. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2oolEAdLB 
Hakcipta terpelihara 

Lagi korban tunjuk perasaan Thai


SEORANG lelaki meninjau lokasi seorang penunjuk perasaan mati ditembak di sebuah kem kumpulan penentang Yingluck dekat Rumah Kerajaan semalam.


BANGKOK - Dua orang terbunuh semalam pada tunjuk perasaan yang diadakan di sini bagi membantah pilihan raya umum Thailand yang dijadualkan akan diadakan pada 2 Februari tahun depan.
Salah seorang daripada mereka merupakan seorang lelaki yang bertugas mengawal tempat perhimpunan anggota-anggota kumpulan yang dikenali sebagai Rangkaian Pelajar dan Rakyat Bagi Pembaharuan Thailand.
Dia ditembak mati oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali berhampiran Rumah Kerajaan di sini pada kira-kira pukul 3 pagi.
Mangsa itu dikenali sebagai Jamrieng Jitwat, 31, dari wilayah Prachuab Khiri, Selatan Thailand.
Tiga orang lagi cedera dalam serangan itu.
Kumpulan tersebut adalah antara pihak yang cuba menghalang urusan pendaftaran calon-calon pilihan raya di Stadium Thailand-Jepun di Dindaeng, Bangkok sejak beberapa hari lalu.
Seorang lagi yang terbunuh merupakan penunjuk perasaan yang menentang pentadbiran Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.
Dia mati terkena peluru senjata api milik seorang lelaki yang melepaskan tembakan rambang pada satu perhimpunan tunjuk perasaan bagi membantah pilihan raya tersebut.
Menurut agensi berita Bernama, sehingga pukul 6 petang kelmarin, kira-kira 153 orang cedera ekoran pertempuran melibatkan anggota-anggota polis pencegah rusuhan dengan para penunjuk perasaan.
Pada pertempuran itu, seorang sarjan mejar polis, Narong Pitisilp, 45, dan seorang lelaki berusia 30 tahun, Wasu Sujantana turut terbunuh.
Dalam pada itu, 53 parti politik telah mendaftar untuk menyertai pilihan raya itu.
Pemimpin penunjuk perasaan itu, Suthep Thaugsuban berikrar akan melumpuhkan Bangkok pada hari mengundi kerana kumpulannya membantah pilihan raya tersebut.
Para penunjuk perasaan itu telah berhimpun di sini sejak bulan lalu sebagai usaha untuk menggulingkan Yingluck yang dianggap sebagai boneka abangnya, Thaksin Shinawatra yang kini hidup dalam buangan.
Thaksin digulingkan dalam rampasan kuasa tentera yang berlaku pada September 2006 selepas kerajaannya didakwa para penunjuk perasaan dicemari rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Namun, parti pimpinan Yingluck, Pheu Thai dijangka memenangi semula pilihan raya tersebut menyebabkan para penunjuk perasaan berusaha untuk menghalang urusan pendaftaran calon-calon yang bakal bertanding itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2ook3S8fj 
Hakcipta terpelihara 

Jet Li hidap penyakit tiroid



JET LI


HONG KONG - Bintang filem aksi Hollywood, Jet Li mengaku dia kini menjalani rawatan penyakit tiroid, lapor portal berita hiburan, Hollywood Reporter semalam.
Bagaimanapun, Li yang berusia 50 tahun berkata, dia kini mengambil ubat-ubatan sebagai cara untuk pulih daripada penyakit itu.
"Saya kini menghidap hipertiroidisme. Kadangkala saya kehilangan berat badan sebanyak 15 kilogram (kg). Namun, ada ketikanya, berat badan saya naik sebanyak 15kg. Ketika ini, saya kelihatan gemuk.
"Saya tidak berpeluang untuk menurunkan berat badan kerana rawatan perubatan yang saya jalani itu melibatkan kawalan denyutan jantung. Justeru, saya tidak boleh melakukan senaman.
"Saya akan menunggu sehingga doktor menyatakan, saya boleh melakukan senaman ringan sebelum saya bertindak menurunkan berat badan," kata Li.
Dia telah disahkan menghidap tiroid aktif pada tahun 2010 dan hanya mengambil ubat-ubatan untuk mengawalnya.
Namun, penyakitnya itu menjadi semakin serius sejak kebelakangan ini.
Penyakit yang dialami Li itu menyebabkan dia mengalami peningkatan kadar metabolisme asas, gangguan sistem saraf autonomi, perasaan gelisah, kadar denyutan jantung meningkat, pengambilan air yang berlebihan dan berlaku penurunan berat badan walaupun selera makan meningkat.
"Saya hanya manusia biasa seperti orang lain.
"Saya bukan Wong Fei Hung (watak dalam sebuah filem yang dilakonkannya)," kata Li.
Dia pernah menjadi juara seni mempertahankan diri kungfu.
Li mula melibatkan diri dalam bidang lakonan sekitar tahun 1980-an.
Dia menjadi terkenal apabila membintangi filem Once Upon a Time in China pada tahun 1990-an.
Antara filem Hollywood yang pernah dilakonkannya ialah Lethal Weapon 4 dan Romeo Must Die.
"Saya dalam kesakitan, tetapi saya masih lagi belum menderita," katanya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2oojsScE0 
Hakcipta terpelihara 

Saturday, December 28, 2013

Pas saran Duta Bangladesh perjelas hukuman Mullah

Pas saran Duta Bangladesh perjelas hukuman Mullah27 Disember 2013

Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu ketika berucap di himpunan aman dan serahan memorandum membantah kezaliman kerajaan Bangladesh di kedutaan tersebut, hari ini. - Foto ihsan Twitter Amkn9 oleh Nazree Yunus

SHAH ALAM – Kerajaan Malaysia disarankan memanggil Duta Bangladesh bagi menjelaskan hukuman gantung sampai mati yang dikenakan ke atas Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami  Bangladesh, Abdul Kader Mullah.

Perkara itu disuarakan Pas selepas mengadakan himpunan aman dan serahan memorandum membantah kezaliman kerajaan Bangladesh di kedutaan tersebut, hari ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, tindakan itu tidak menyalahi etika diplomatik Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Saya rasa adalah baik kalau kerajaan Malaysia memanggil Duta Bangladesh kerana kita ada keperluan untuk mengetahui apa yang berlaku.

“Sebagai negara anggota OIC, saya rasa tidak menyalahi etika diplomatik. Mereka perlu jelaskan kenapa sampai Sheikh ini (Abdul Quader Mullah) dihukum gantung?,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Mullah merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh menjalani hukuman gantung pada 13 Disember lalu selepas disabitkan  atas kesalahan jenayah kemanusiaan.

Beliau telah gagal dalam tuntutan pada rayuan akhir terhadap hukuman mati.

Mullah yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Februari lalu telah mencetuskan protes jalanan yang ganas di Bangladesh yang mengorbankan kira-kira 100 orang.

Dalam perkembangan berkaitan, Salahuddin turut bersetuju kerajaan tidak sepatutnya mendiamkan diri mengenai perkara ini.

Mengulas lanjut mengenai penganjuran bantahan yang dibuat selepas selesai Sembahyang Jumaat tadi, Salahuddin berkata, pihaknya melahirkan simpati dan kekesalan terhadap kejadian itu.

“Seorang tokoh gerakan Islam yang dihormati tetapi tiba-tiba dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di atas dakwaan kononnya melakukan pengkhianatan terhadap negara. Sedangkan parti itu adalah parti yang memilih jalan demokrasi.

“Hukuman itu sangat mengejutkan dunia Islam, jadi kita melahirkan rasa simpati terhadap kejadian itu dan kesal terhadap kerajaan Bangladesh yang tidak mengendalikan perbicaraan mengikut standard undang-undang yang berasaskan keadilan.

“Tadi, kita serahkan memorandum kepada wakil kedutaan mereka di kedutaan Bangladesh,” katanya.

Bantahan itu turut dihadiri kira-kira 1,000 peserta yang terdiri daripada ahli Pas, PKR, badan--badan bukan kerajaan termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan mahasiswa.

Jumlah mangsa keganasan di Thailand meningkat

Tentera Thai enggan campur tangan28 Disember 2013

Kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan bertempur dengan pihak berkuasa di Bangkok, kelmarin. 

BANGKOK - THAILAND. Seorang pengawal keselamatan menjadi mangsa terbaharu dalam keganasan berkaitan bantahan terhadap pilihan raya umum Thailand yang dijadual diadakan pada 2 Feb tahun depan.

Lelaki yang bertugas mengawal tempat perhimpunan kumpulan Rangkaian Pelajar dan Rakyat bagi Pembaharuan Thailand itu ditembak mati oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali berhampiran Rumah Kerajaan di sini pada kira-kira jam 3 pagi ini.

Mangsa dikenali sebagai Jamrieng Jitwat, 31, dari wilayah Prachuab Khiri, Selatan Thailand.

Tiga orang lagi cedera dalam serangan itu.

Kumpulan tersebut adalah antara pihak yang cuba menghalang urusan pendaftaran calon bagi pilihn raya itu di Stadium Thailand-Jepun di Dindaeng sejak beberapa hari lepas.

Sehingga jam 6 petang semalam, kira-kira 153 orang cedera akibat pertempuran antara polis pencegah rusuhan dengan penunjuk perasaan, kata Pusat Perubatan Erawan.

Pertempuran yang berlaku juga meragut nyawa sarjan mejar polis Narong Pitisilp, 45, dan seorang lelaki berusia 30 tahun bernama Wasu Sujantana.

Sementara itu, 53 parti politik telah mendaftr untuk menyertai pilihan raya berkenaan.

Urusan seterusnya ialah pendaftaran kawasan pilihan raya yang dijadual diadakan mulai hari ini hingga 1 Januari.

Lebih banyak keganasan dijangka berlaku menjelang berlangsungnya pilihan umum apabila penunjuk perasaan meningkatkan kempen mereka bagi mengganggu proses pemilihan.

Pemimpin tunjuk perasaan Suthep Thaugsuban berikrar akan melumpuhkan Bangkok pada hari mengundi. - Bernama

Detik kematian Saddam didedahkan


BAGHDAD 27 Dis. - Bekas Penasihat Keselamatan Kebangsaan, Mowaffak al-Rubaie yang menyaksikan hukuman gantung ke atas Saddam Hussein mendedahkan, bekas Presiden Iraq itu kelihatan tenang sehingga detik-detik terakhir kematian dan tidak sedikit pun menunjukkan kekesalan.
Menurut Mowaffak, berbeza dengan individu lain yang takut berdepan kematian, Saddam sebaliknya tidak merayu supaya hukumannya dibatalkan atau pun meminta pengampunan Tuhan.
"Saya menyambutnya di pintu masuk. Ketika itu dia memakai jaket dan baju T berwarna putih. Dia kelihatan tenang dan langsung tidak nampak gentar," katanya menceritakan detik-detik terakhir Saddam yang dihukum gantung tujuh tahun lalu.
Saddam yang memerintah Iraq selama lebih dua dekad, dihukum gantung selepas disabit kesalahan melakukan jenayah menentang kemanusiaan dalam pembunuhan 148 penduduk kampung di Dujail.
Mowaffak berkata, Saddam ketika itu digari dan memegang satu naskhah al-Quran.
"Saya membawanya ke sebuah kamar hakim di mana saya membacakan kesalahan yang dilakukannya. Namun dia membalas, 'Pergi mampus Amerika!', Pergi mampus Israel!', 'Hidup Palestin!' dan 'Matilah Majusi Parsi!'.
"Saya kemudian membawanya ke tempat hukuman. Dia memandang tali gantung dan pelantarnya dari atas ke bawah dan berkata, 'Ini memang untuk orang yang berani'," jelas Mowaffak.
Katanya, sebelum dihukum gantung, Saddam melaungkan 'Hidup Imam Mohammed Baqr al-Sadr!' dan sempat mengucapkan dua kalimah syahadah.
Mowaffak mendedahkan, kali pertama tuil diturunkan olehnya, pelantar di kaki Saddam tidak terbuka, dan pelantar hanya terbuka apabila seorang individu lain yang tidak dinamakan menurunkan tuil.
Katanya lagi, hukuman mati ke atas Saddam diputuskan dalam satu persidangan video di antara Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki dan Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu iaitu George W. Bush.
"Apa yang perlu kita lakukan terhadap lelaki itu (Saddam)?," kata Bush.
"Kita gantung dia," jawab Maliki disambut isyarat tangan bagus oleh Bush. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131228/lu_04/Detik-kematian-Saddam-didedahkan#ixzz2oj1R4McV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 tentera luar maut serangan pengebom berani mati


KABUL 27 Dis. - Tiga tentera luar terbunuh dalam satu serangan pengebom berani mati Taliban hari ini di pinggir utara ibu kota di sini, menurut laporan polis dan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF).
Kumpulan Taliban mengaku bertanggungjawab atas kejadian tersebut.
Dalam satu mesej dalam laman web, Twitter, jurucakap kumpulan itu berkata, beberapa tentera luar tercedera dalam serangan itu dan menyebabkan kemusnahan kenderaan yang dinaiki. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131227/lu_15/3-tentera-luar-maut-serangan-pengebom-berani-mati#ixzz2oj0zuaj1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

10 terbunuh dalam serangan kereta kebal di Yemen


ADEN 27 Dis. - Pasukan perubatan tempatan melaporkan, 10 orang terbunuh, termasuk kanak-kanak dalam satu serangan meriam kereta kebal terhadap khemah pengkebumian berdekatan sebuah sekolah di selatan Yemen hari ini yang turut mencederakan 15 yang lain.
Menurut saksi, sebuah kereta kebal tentera telah menembak sebuah khemah di Sanah, 300 kilometer dari Yemen dalam pertempuran antara rakyat di selatan negara ini dengan pihak berkuasa. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131227/lu_16/10-terbunuh-dalam-serangan-kereta-kebal-di-Yemen#ixzz2oj0Aqdhq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Okinawa lulus tapak pangkalan tentera AS

Okinawa lulus tapak pangkalan tentera ASOrang ramai meluahkan kemarahan berikutan penempatan semula pangkalan tentera Amerika di Naha, selatan Jepun semalam. - Foto REUTERS

Usaha kurangkan pertelagahan antara Tokyo, Washington

Tokyo: Okinawa semalam meluluskan penempatan semula pangkalan tentera kontroversi Amerika Syarikat yang sejak sekian lama menjadi isu kontroversi, kata Kementerian Pertahanan, kejayaan yang dilihat dapat mengurangkan sumber pertelagahan sejak sekian lama antara Tokyo dan Washington.

Birokrat tempatan menandatangani dokumen yang memberikan lampu hijau kepada gabenor untuk menjadikan tapak pelupusan, membuka jalan kepada pembinaan pangkalan baru.


Kementerian Pertahanan biro Okinawa mengesahkan ia menerima dokumen terbabit yang mengandungi tanda gabenor, daripada pegawai kerajaan tempatan.

“Pejabat menerima dokumen berkenaan pada jam 10.50 pagi waktu tempatan. Ia diluluskan,” kata pegawai kementerian di biro itu.

Suntikan tunai besar


Selepas bertahun-tahun menentang keras, gabenor Okinawa, Hirokazu Nakaima (gambar), minggu ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Shinzo Abe, yang menjanjikan suntikan tunai besar ke dalam ekonomi Okinawa setiap tahun sehingga 2021.

Persetujuan Nakaima menandakan kejayaan ke atas perjanjian asal 1996 untuk menutup pangkalan udara Futenma, yang terletak di kawasan berpenduduk padat.

Amerika menegaskan pada 2006 ia akan menempatkan semula pangkalan itu di pantai tetapi langkah berkenaan dihalang pembangkang seluruh Okinawa, yang berasa terbeban dengan kehadiran ramai tentera Amerika di Jepun.

Gabenor dijangka akan mengumumkan keputusannya tengah hari ini mengenai Okinawa, yang menyaksikan penduduk sudah pun memberi reaksi marah kepada berita terbabit.

Dalam pertemuan dengan ketua Okinawa Rabu lalu, Abe menjanjikan bonanza tunai kepada kepulauan itu, sekurang-kurangnya 300 bilion yen (RM9.54 bilion) bagi merangsang ekonomi Okinawa setiap tahun sehingga fiskal 2021.

Pakej cadangan termasuk menggantung operasi di Futenma dalam masa lima tahun dan pengembalian awal tanah.

Pengkritik lantang

Nakaima ialah pengkritik lantang Kerajaan Pusat, dikatakan tidak bersimpati dengan kepulauan tropika di selatan itu, yang menempatkan kira-kira separuh daripada 47,000 anggota tentera di Jepun.

Memperoleh kelulusan beliau adalah pencapaian penting bagi Abe dan dijangka memulihkan imejnya di Wa-shington selepas bertahun-tahun kecewa dengan isu berkenaan. - AFP

Friday, December 27, 2013

Republik Afrika Tengah: Keganasan ragut sekurangnya 12 nyawa


BANGUI 27 Dis. - Sekurang-kurangnya 12 orang awam terbunuh sejak Rabu lalu dalam kejadian keganasan antara penduduk Islam dan Kristian, di sini.
Menurut laporan pihak hospital di sini, seramai 46 orang lagi turut mengalami kecederaan di dalam konflik keagamaan yang melanda bandar terbesar di Republik Afrika Tengah itu, dan mendapatkan rawatan di hospital terbabit. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131227/lu_03/Republik-Afrika-Tengah-Keganasan-ragut-sekurangnya-12-nyawa#ixzz2od583QQ2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemilik akaun Facebook Asmaelz Hadzeny II diberkas


KUALA LUMPUR 26 Dis. - Pemilik akaun laman Facebook Asmaelz Hadzeny II yang menghasut orang ramai untuk melakukan rusuhan bagi menggulingkan kerajaan serta meminta mereka mendapatkan bom untuk tujuan itu pada 31 Disember ini diberkas polis hari ini.
Lelaki berusia 25 tahun itu diberkas di Kampung Karambut, Saratok, Sarawak, pada pukul 11 pagi. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131226/je_08/Pemilik-akaun-Facebook-Asmaelz-Hadzeny-II-diberkas#ixzz2od4FqQXA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis Thailand ambil tindakan


Penunjuk perasaan antikerajaan bertempur dengan polis selepas pasukan keselamatan itu cuba menyuraikan demonstrasi yang menghalang proses pendaftaran calon pilihan raya di stadium Thai-Jepun di Dan Daeng, Bangkok, semalam. - afp
BANGKOK 26 Dis. - Selepas beberapa minggu demonstrasi antikerajaan bermula, polis Thailand akhirnya mengambil tindakan untuk menyuraikan ribuan penunjuk perasaan yang cuba menghalang proses pendaftaran bagi pilihan raya umum di sebuah stadium di sini, hari ini.
Polis bertindak melepaskan gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air ke arah penunjuk perasaan.
Pertempuran tersebut sekali gus memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand menggesa kerajaan sementara pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra mempertimbangkan untuk menangguhkan pilihan raya yang dijadualkan berlangsung pada 2 Februari depan.
Dalam kejadian hari ini, seorang polis terbunuh dan sekurang-kurangnya 66 penunjuk perasaan cedera dalam pertempuran yang meletus di pusat pendaftaran Stadium Thai-Jepun di Dan Daeng.
Tiga lagi anggota polis turut dilaporkan cedera dan kini dirawat di hospital tempatan.
Difahamkan, kekecohan tercetus apabila penunjuk perasaan bertindak menggunakan sebuah trak untuk merempuh pintu pagar stadium bagi mengganggu proses pendaftaran kira-kira 30 wakil parti politik Thailand.
Ekoran itu, polis mengerahkan anggota polis ke lokasi kejadian hingga menyebabkan pertempuran berlaku apabila penunjuk perasan mula melontar batu dan mercun ke arah pihak berkuasa.
Pertempuran terbabit berlanjutan selama dua jam sebelum kira-kira 1,000 anggota polis tambahan tiba untuk membantu mengawal keadaan.
Sementara itu, proses pendaftaran calon dalam pilihan raya umum itu akan berakhir esok. - BERNAMA/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131227/lu_04/Polis-Thailand-ambil-tindakan#ixzz2ocaOrane
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Puluhan ribu askar Bangladesh dikerah sebelum pilihan raya


Beberapa askar Bangladesh melakukan rondaan di jalan-jalan raya di Dhaka bagi membendung keganasan ekoran konflik politik sebelum pilihan raya umum yang akan diadakan pada awal bulan depan. - agensi
DHAKA 26 Dis. - Berpuluh-puluh ribu tentera Bangladesh dikerahkan di seluruh negara bermula hari ini sebagai langkah untuk mengekang keganasan politik menjelang pilihan raya yang berlangsung pada awal bulan depan.
Kerahan tentera itu dijangka membangkitkan lagi kemarahan kumpulan pembangkang, Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) yang memboikot pilihan raya pada 5 Januari depan dan merancang mengadakan bantahan besar-besaran bermula 29 Disember bagi merosakkan rancangan kerajaan terbabit.
Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya, S.M. Asaduzzaman berkata, anggota tentera akan ditempatkan di 59 daripada 64 daerah di negara ini.
"Mereka akan bertindak tegas sekiranya berlaku sebarang keganasan dan mengawal kawasan, jalan dan lebuh raya yang penting sepanjang proses pilihan raya berlangsung," katanya.
Dalam pada itu, jurucakap tentera, Muhammad Reza-ul Karim berkata, rondaan askar dalam pasukan kecil telah dilaksanakan sejak awal minggu ini, manakala kerahan secara besar-besaran akan bermula hari ini dan diteruskan sehingga 9 Januari depan.
"Kerahan ini dilakukan atas permintaan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai usaha memastikan proses pengundian berjalan secara bebas, adil dan aman," katanya.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan jumlah anggota tentera yang terlibat, namun media tempatan menganggarkan kira-kira 50,000 askar dikerah untuk tugas berkenaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131227/lu_05/Puluhan-ribu-askar-Bangladesh-dikerah-sebelum-pilihan-raya#ixzz2ocaI9w3S
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Letupan bom di Takbai, Thailand


TUMPAT 26 Dis. - Seorang askar Thai cedera parah apabila bom yang diletakkan dalam guni pasir berhampiran pos kawalan di Takbai, Narathiwat, Thailand berhampiran sempadan Malaysia meletup hari ini.
Letupan kira-kira pukul 11.20 pagi itu turut mencederakan seorang penduduk yang berada di kawasan berkenaan ketika kejadian tersebut berlaku.
Difahamkan, beberapa askar Thai dan orang awam Cedera ringan dalam letupan yang turut didengari di sekitar pekan Pengkalan Kubor. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131226/lu_11/Letupan-bom-di-Takbai-Thailand#ixzz2ocZxS9ps
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pembangkang gempur stadium



PENUNJUK perasaan berkumpul di luar rumah Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dalam satu tunjuk perasaan di Bangkok semalam.


BANGKOK - Penunjuk perasaan antikerajaan yang cuba menghalang persediaan pilihan raya, bertempur dengan polis di ibu kota Thailand di sini semalam.
Pihak berkuasa berkata, seorang anggota polis terbunuh manakala tiga lagi cedera terkena tembakan.
Sekurang-kurangnya 95 orang termasuk 25 anggota polis dimasukkan ke hospital akibat cedera dalam kekacauan itu yang bermula apabila penunjuk perasaan bertindak membaling batu ke arah anggota pasukan keselamatan.
Kumpulan penunjuk perasaan itu juga cuba menggunakan kekerasan untuk memasuki sebuah stadium di sini.
Polis kemudian bertindak balas dengan melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka.
Stadium berkenaan menjadi tempat 27 perwakilan mencabut undi untuk menentukan kedudukan parti politik mereka pada kertas undi pilihan raya 2 Februari depan.
Penunjuk perasaan gagal menghalang proses tersebut.
Namun, empat pegawai suruhanjaya pilihan raya (SPR) Thailand terpaksa dipindahkan dengan sebuah helikopter berikutan pertempuran yang berlaku di luar stadium tersebut.
Mengulas situasi tersebut, seorang pegawai polis, Kolonel Anucha Romyanan menggesa penunjuk perasaan supaya berhimpun secara aman.
"Terdapat cubaan untuk memburukkan lagi krisis politik di negara ini dengan melakukan kekacauan," katanya.
Rusuhan tersebut terhad di kawasan sekitar stadium berkenaan dan berlanjutan hingga ke awal pagi.
Penunjuk perasaan menuntut supaya Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra meletakkan jawatan sejak pertengahan Oktober lalu dengan kekacauan beberapa kali tercetus.
Mereka menentang pilihan raya umum pada 2 Februari depan kerana Yingluck diyakini akan memenanginya.
Penunjuk perasaan antikerajaan itu menuduh Yingluck menjadi boneka abangnya, Thaksin Shinawatra yang menetap di luar negara untuk mengelak daripada dipenjara selepas didapati bersalah dalan satu kes rasuah.
Thaksin masih memiliki pengaruh yang besar di Thailand dengan parti pimpinannya memenangi setiap pilihan raya yang diadakan di negara itu.
Dalam pada itu, SPR Thailand menggesa kerajaan supaya menangguhkan pilihan raya pada Februari depan selepas berpuluh-puluh orang cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dengan polis.
"Kita tidak boleh menganjurkan pilihan raya yang bebas dan adil seperti yang termaktub dalam perlembagaan berdasarkan situasi masa kini," kata seorang pegawai suruhan berkenaan, Prawit Rattanapien.
Setakat ini, pihak kerajaan masih belum menyatakan pendiriannya berhubung gesaan tersebut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2ocQLUJnc 
Hakcipta terpelihara 

Thursday, December 26, 2013

Bangkok edar 80 juta kondom secara percuma


2013/12/25
Bangkok: Sebanyak 80 juta kondom akan diedarkan kepada remaja Thailand secara percuma sebagai antara inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kes kehamilan di kalangan belia yang belum bersedia menjadi suami isteri.

Keputusan itu diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Awam (MOPH) di sini, semalam.


Menteri Kesihatan, Pradit Sintawanarong berkata agensinya akan membentuk satu jawatankuasa untuk menentukan sejauh mana ia akan diedarkan kepada belia di seluruh negara. Pradit berkata, kementerian berkenaan juga merancang untuk memberi pil perlindungan jangka panjang kepada wanita muda di klinik kesihatan khususnya yang sudah ada anak.


“Kementerian juga sudah memberi jalan kepada Jabatan Kesihatan untuk merangka draf yang akan ditandatangani kementerian, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keselamatan untuk membantu menyekat peningkatan penyakit berpunca daripada jangkitan ketika mengadakan hubungan seks.

Perangkaan menunjukkan 801,737 wanita melahirkan anak pada 2012, 63,475 berusia antara 10 hingga 17 tahun dan terbabit dalam hubungan seks atau 7.9% daripada jumlah keseluruhan. - AGENSI

Thailand buru 300 penunjuk perasaan


2013/12/25
Bangkok: Dua pasukan penyiasat sedang mengumpul bukti bagi menahan 300 penunjuk perasaan antikerajaan kerana bertindak keterlaluan ketika menyertai protes.
Penyiasat kanan juga diminta membantu dalam proses menyediakan kes terhadap mereka.



Winai Thongsong, penolong ketua polis negara, Adul Saengsingkaew, dilantik untuk mengepalai satu pasukan diberi tugas menyasarkan ‘pengacau’ di kalangan penunjuk perasaan. Waran tangkap


Seramai 300 daripada mereka kini dicari. Anggota satu pasukan mengumpul bukti bertujuan mengemukakan saman ke atas mereka dan mendapatkan waran tangkap di mahkamah.

Apabila waran itu dikeluarkan, tidak sukar untuk mencari suspek berkenaan.

Beberapa dakwaan termasuk mencetuskan kacau-bilau hingga mengganggu keamanan, mempunyai had tempoh pendakwaan lima hingga 20 tahun.
Winai adalah suami anak saudara bekas isteri Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Khunying Potjaman.

Pembantu utama Winai ialah Superintenden Thitawat Suriyachai, penasihat rapat bekas ketua polis Priewpan Damapong yang juga abang ipar Thaksin.

Winai tidak bimbang mengenai tuduhan memihak kepada Thaksin sambil menekankan beliau hanya membuat pendakwaan ke atas mereka yang melanggar undang-undang.
Winai berkata, sekurang-kurangnya 19 orang diperhatikan satu lagi pasukan keselamatan.

Kumpulan berkenaan pernah dikenakan waran tangkap atas jenayah lalu.

Mereka dikehendaki kerana memainkan peranan dalam protes petani yang melakukan sekatan di lebuh raya hingga tidak dapat dilalui di daerah Cha-uat, wilayah Nakhon Si Thammarat, Ogos lalu.


Kepung stadium

Kelmarin, penunjuk perasaan yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra mengepung sebuah stadium tetapi gagal menyekat parti politik daripada mengemukakan calon untuk bertanding dalam pilihan raya Februari depan.

Yingluck yang popular di kalangan penduduk pedalaman tetapi dibenci kelas pertengahan dan elit, mengumumkan pilihan raya akan diadakan pada 2 Februari untuk menamatkan ketegangan be-rikutan bantahan di ibu negara terhadapnya. - AGENSI

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARANG NAIK 2014

Aduyaiii... Boleh pecah perut aku dgn macai UMNO nihh

Rosmah Mansor ada Haid lagi ka..?? 
Wakaka.. Bebal nak mampos macai UMNO..
Rosmah tu dah jadi Nenek Kebayanlah bongok...

Aduyaiii... Boleh pecah perut aku dgn macai UMNO nihh

Puihhh...!!!

Teuku Zacharyah Iskandar.
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO.

Syarikat milik bekas pemimpin UMNO punca berlaku longgokan sampah di MRR2 – Ong Kian Ming

BERITA

Posted on December 24, 2013 by admin

KUALA LUMPUR, 24 DISEMBER: Tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menganugerahkan kontrak pengurusan Pusat Pemindahan Sampah Taman Beringin, di Kepong kepada syarikat kroni tidak berpengalaman menyebabkan berlaku longgokan sampah di Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2), minggu lalu.

Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, kontrak menguruskan pusat itu diberi kepada syarikat Umpan Jaya Sdn Bhd, milik bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan dan keluarga.

melayu dibawah apa tau drama umno .melayu hanya tunggu brim saja..paria betoi pengikut umno.