Friday, May 23, 2014

Kudeta kali ke-19


Dalam pengumuman disiar stesen televisyen Thailand, Prayuth berkata langkah itu diambil bagi mengembalikan keamanan dan membolehkan reformasi dilaksanakan. 
“Bagi memulihkan keadaan semasa dengan segera dan demi mengembalikan keamanan kepada rakyat serta membawa perubahan politik, ekonomi dan struktur politik, tentera perlu mengambil alih kuasa,” katanya. 

Keputusan itu dibuat sejurus selepas Prayuth memanggil semua pemimpin kumpulan yang bertelagah supaya berunding selepas Thailand dilanda kebuntuan politik sejak enam bulan lalu.
Foto
ANGGOTA tentera berkawal berdekatan tempat perhimpunan kumpulan pro kerajaan di Bangkok.
Foto
ANGGOTA tentera lengkap bersenjata mengawal keadaan.

Tentera turut menguatkuasakan perintah berkurung dari jam 10 malam hingga 5 pagi.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23

No comments:

Post a Comment