- Askar memaklumkan beberapa larangan ketika rampasan kuasa dilaksanakan.
Panglima Prayut Chan-O-Cha berkata, pengambilalihan kuasa itu perlu bagi mengelak konflik berpanjangan.
“Bagi mengembalikan kestabilan dengan segera, Jawatankuasa Mengekalkan Keamanan Kebangsaan iaitu Angkatan Tentera Thailand, Tentera Udara Diraja Thailand dan polis mengambil alih pentadbiran bermula hari ini, 22 Mei (semalam) pada jam 4.30 petang. Semua rakyat mesti bertenang dan pegawai kerajaan mesti bekerja seperti biasa,” katanya kepada akhbar Agensi.
Bagaimanapun rampasan kuasa itu tidak menjejaskan hubungan diplomatik.
Langkah itu diambil selepas tentera gagal capai kesepakatan dalam rundingan dengan parti-parti politik untuk meredakan protes jalanan di Bangkok.
Sementara itu dalam pengumuman dari masa ke semasa, tentera mengisytiharkan perintah berkurang mulai jam 10 malam hingga 5 pagi dan mereka dilarang berkumpul melebihi lima orang.
Semua stesen radio dan televisyen diarah menggantung beberapa program.
Selain itu, Perlembagaan digantung dan semua menteri Kabinet diarah melapor diri dengan tentera.
Ia adalah kudeta ke-12 sejak pemerintahan beraja pada 1932.
No comments:
Post a Comment