BANGKOK 23 Mei - Tentera Thailand hari ini mengarahkan kesemua stesen televisyen dan radio untuk menggantung program-program biasa mereka dan memaparkan siaran tentera sahaja ekoran rampasan kuasa yang berlangsung.
Tindakan itu dilakukan bagi memastikan berita yang tepat disiarkan kepada orang ramai, kata seorang jurucakap tentera di dalam satu pengumuman di televisyen.
Ketua Tentera Thailand, Prayut Chan-O-Cha melakukan satu rampasan kuasa tentera semalam, menggulingkan kerajaan yang dipilih dan meletakkan negara ke dalam keadaan yang tidak menentu selepas beberapa bulan persengketaan politik buntu. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140523/lu_10/Tentera-Thailand-arah-gantung-program-televisyen#ixzz32UM6gxOV
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment