Friday, May 23, 2014

Presiden Belarus rela berperang lawan Putin


Moscow: Presiden Belarus Alexander Lukashenko mengkritik referendum menuntut pemisahan di Ukraine dan mengingatkan Russia supaya tidak lagi merampas wilayah bekas Soviet selepas berjaya mengambil semula Crimea.

“Ukraine mesti bersatu sebagai sebuah negara. Rakyatnya perlu berpegang teguh bahawa timur dan barat kedua-duanya sebahagian daripada satu negara,” katanya dalam satu temu bual dengan rangkaian Internet Dozhd.


Kata Lukashenko, dia sendiri akan mengangkat senjata mempertahankan Belarus daripada mana-mana peceroboh termasuk Presiden Russia Vladimir Putin.

“Saya akan berjuang tidak kiralah siapapun yang menceroboh bumi Belarus, termasuk jika orangnya ialah Putin,” katanya.


Di bawah pentadbiran Lukashenko yang memerintah sejak 1994 Belarus menjadi sekutu paling kuat Russia, namun sejak dulu presiden itu meletakkan pendiriannya sebagai enggan tunduk kepada mana-mana kuasa luar, sama ada Barat atau Russia. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23

No comments:

Post a Comment