ISLAMABAD 17 Ogos - Beribu-ribu penunjuk perasaan, hari ini memenuhi jalan raya timur bandar Lahore, di sini masuk hari kedua berturut-turut selepas ulama tempatan, Tahir ul-Qadri mengeluarkan kenyataan mendesak Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif ditangkap.
Demonstrasi diketuai Tahir serta ahli politik pembangkang, Imran Khan turut mendesak Nawaz melepaskan jawatan dalam kerajaan yang didakwa dipilih menggunakan tipu helah.
Menurut jurucakap parti pimpinan Imran, Tehreek-e-Insaf (PTI), Shireen Mazari, Imran turut mendesak semua pegawai yang terlibat dalam pilihan raya umum 2013 dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atas dakwaan khianat. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140818/lu_08/Desak-PM-Pakistan-ditahan#ixzz3Ah3DoKis
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment