Monday, August 18, 2014

Pengusaha hotel kerugian


Makkah: Sektor penginapan di bandar suci ini dijangka mengalami kerugian sebanyak SR3 bilion (RM2.52 bilion) ekoran pengurangan jemaah haji asing sebanyak 20 peratus.

Pengerusi jawatankuasa hartanah Dewan Perniagaan dan Industri Makkah (MCCI) Mansour Abu Rayash menyalahkan defisit itu pada kerja pembesaran Masjidil Haram dan kawasan sekitar, kekacauan serantau dan virus Ebola.

Mansour berkata, jangkaan perolehan sebanyak SR3.5 bilion (RM2.94 bilion) tahun ini adalah 45 peratus kurang berbanding tahun lalu.

Menurutnya, sektor itu dijangka pulih sepenuhnya apabila pembesaran Masjidil Haram siap pada 2016 dengan kira-kira dua juta jemaah asing dijadual menunaikan haji sekali gus meningkatkan permintaan terhadap hotel dan rumah penginapan di bandar suci itu.

“Satu lagi punca kerugian ialah pengharaman baru-baru ini terhadap jemaah dari negara Afrika seperti Sierra Leone ekoran merebaknya wabak Ebola dan krisis politik yang berterusan di dunia Arab,” kata Mansour.- Agensi



Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

No comments:

Post a Comment