Kumpulan Doktor Tanpa Sempadan (Medecin Sans Frontieres) menyamakan virus itu yang merebak dengan begitu pantas di barat Afrika seperti suasana dalam peperangan serta meramalkan, ia mungkin berlarutan selama enam bulan lagi.
Dalam pada itu, seorang pekerja perubatan di garisan depan memerangi wabak itu di Liberia berkata, pihaknya gagal mencatatkan semua kes memandangkan ramai yang menghidap penyakit itu disembunyikan di rumah, tidak dibawa ke pusat rawatan Ebola.
Tarnue Karbbar, yang bekerja untuk kumpulan bantuan Pelan Antarabangsa di utara negara itu berkata, 75 kes baru berlaku di satu daerah sejak beberapa hari lalu.

PEKERJA kesihatan Liberia mengebumikan mayat mangsa Ebola di pinggir Monrovia, baru-baru ini.
MAYAT seorang lelaki yang disyaki mati akibat Ebola terbiar di jalan raya di Monrovia, Liberia. |
SEORANG pekerja pertubuhan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) menyuapkan makanan kepada seorang kanak-kanak mangsa Ebola di Kailahun, Sierra Leone. |
Dia juga memberitahu, mereka yang mati dikebumikan sebelum pasukan perubatan tiba di kawasan itu.
“Cabaran yang kami hadapi ketika ini ialah untuk kuarantin kawasan itu bagi mengekang virus itu merebak,” katanya.
Karbarr berkata demikian selepas Presiden Antarabangsa Doktor Tanpa Sempadan, Joanne Liu memberitahu wartawan di Geneva, tidak ada tanda-tanda penyakit itu akan berhenti merebak.
“Kita ibarat mengejar kereta api yang meluncur laju,” katanya.
Amaran itu dikeluarkan ketika pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, pusat rawatan Ebola di barat Afrika dipenuhi pesakit dalam sekelip mata, tidak sempat untuk membuka pusat baru.
Jurucakap WHO di Geneva, Gregory Hartl berkata, kebanjiran pesakit di setiap pusat rawatan yang dibuka adalah bukti bahawa jumlah yang dijangkiti semakin meningkat.
Menurutnya, pusat rawatan 80 katil yang dibuka di Monrovia, ibu negeri Liberia beberapa hari lalu penuh dalam masa yang singkat.
Keesokannya, puluhan lagi pesakit datang, minta untuk dirawat.
Dalam pada itu, pakar yang memeriksa dari rumah ke rumah di Kenema, Sierra Leone, untuk mencari penduduk yang dijangkiti, menemui lebih banyak kes.
WHO berkata, wabak itu dipandang remeh selama ini dan langkah luar biasa diperlukan untuk mengawal Ebola.
Jumlah kematian akibat penyakit itu di Sierra Leone, Liberia dan Guinea kini meningkat kepada hampir 1,100.
“Ebola dijangka terus merebak. Mungkin selama beberapa bulan lagi. Kakitangan kami di kawasan terlibat melaporkan, bukti dan jumlah kes yang dilaporkan sebelum ini jauh lebih rendah daripada keadaan sebenar,” kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.
Ketua Pengarah WHO Dr Margaret Chan mengadakan perbincangan dengan sekumpulan duta dari misi PBB di Geneva untuk mendapatkan bantuan segera antarabangsa.
Dalam pada itu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumumkan kelmarin ia menghalang atlit muda dari wilayah yang dijangkiti Ebola daripada menyertai beberapa acara Sukan Olimpik Remaja di Nanjing, China yang bermula semalam.
Atlit dari barat Afrika tidak dibenarkan bersaing dalam acara ‘combat’ atau dalam kolam renang memandangkan ia tidak mungkin dapat menolak ancaman jangkitan.
Keputusan itu menghalang tiga atlit dari wilayah berkenaan untuk bersaing dalam acara itu.
Peserta acara lain dari wilayah itu pula akan menjalani pemeriksaan suhu dan penilaian fizikal sepanjang sukan berkenaan.
Sehingga ini, belum ada penawar ditemui untuk merawat Ebola, yang menyebabkan demam panas, pendarahan dan muntah.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18Karbarr berkata demikian selepas Presiden Antarabangsa Doktor Tanpa Sempadan, Joanne Liu memberitahu wartawan di Geneva, tidak ada tanda-tanda penyakit itu akan berhenti merebak.
“Kita ibarat mengejar kereta api yang meluncur laju,” katanya.
Amaran itu dikeluarkan ketika pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, pusat rawatan Ebola di barat Afrika dipenuhi pesakit dalam sekelip mata, tidak sempat untuk membuka pusat baru.
Jurucakap WHO di Geneva, Gregory Hartl berkata, kebanjiran pesakit di setiap pusat rawatan yang dibuka adalah bukti bahawa jumlah yang dijangkiti semakin meningkat.
Menurutnya, pusat rawatan 80 katil yang dibuka di Monrovia, ibu negeri Liberia beberapa hari lalu penuh dalam masa yang singkat.
Keesokannya, puluhan lagi pesakit datang, minta untuk dirawat.
Dalam pada itu, pakar yang memeriksa dari rumah ke rumah di Kenema, Sierra Leone, untuk mencari penduduk yang dijangkiti, menemui lebih banyak kes.
WHO berkata, wabak itu dipandang remeh selama ini dan langkah luar biasa diperlukan untuk mengawal Ebola.
Jumlah kematian akibat penyakit itu di Sierra Leone, Liberia dan Guinea kini meningkat kepada hampir 1,100.
“Ebola dijangka terus merebak. Mungkin selama beberapa bulan lagi. Kakitangan kami di kawasan terlibat melaporkan, bukti dan jumlah kes yang dilaporkan sebelum ini jauh lebih rendah daripada keadaan sebenar,” kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.
Ketua Pengarah WHO Dr Margaret Chan mengadakan perbincangan dengan sekumpulan duta dari misi PBB di Geneva untuk mendapatkan bantuan segera antarabangsa.
Dalam pada itu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumumkan kelmarin ia menghalang atlit muda dari wilayah yang dijangkiti Ebola daripada menyertai beberapa acara Sukan Olimpik Remaja di Nanjing, China yang bermula semalam.
Atlit dari barat Afrika tidak dibenarkan bersaing dalam acara ‘combat’ atau dalam kolam renang memandangkan ia tidak mungkin dapat menolak ancaman jangkitan.
Keputusan itu menghalang tiga atlit dari wilayah berkenaan untuk bersaing dalam acara itu.
Peserta acara lain dari wilayah itu pula akan menjalani pemeriksaan suhu dan penilaian fizikal sepanjang sukan berkenaan.
Sehingga ini, belum ada penawar ditemui untuk merawat Ebola, yang menyebabkan demam panas, pendarahan dan muntah.
No comments:
Post a Comment