Polis berkata, kira-kira 200 pegawai daripada beberapa agensi penguat kuasa undang-undang Bosnia terbabit dalam operasi yang menyasarkan 17 lokasi di seluruh negara.
Mereka yang ditahan disyaki merekrut rakyat Bosnia untuk ke Syria dan Iraq dan membiayai serta mengaturkan perjalanan mereka ke negara berkenaan.
Mereka juga disyaki menyertai konflik bersenjata di Syria dan Iraq dan bertempur bersama pertubuhan dan kumpulan pengganas radikal, termasuk militan jihad.
Polis menjumpai senjata, peluru, peralatan komputer, kad telefon dan bahan propaganda di lokasi suspek ditahan. - AP
No comments:
Post a Comment