Friday, September 5, 2014

Hukum mati pesalah rasuah


Jakarta: Penyelidik kanan Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia Siti Zuhro berkata, Indonesia kini mengalami masalah rasuah yang kronik membabitkan lembaga eksekutif, legislatif dan perundangan.

Justeru, kata Siti Zuhro, bakal presiden Joko Widodo (Jokowi) mesti mengatasi bencana itu sepenuhnya.


Katanya, pelbagai tindakan undang-undang diambil terhadap pegawai kerajaan, hukuman sedia ada tidak memadai mengajar mereka menjadi serik.



“Pada masa depan Jokowi harus mengetatkan hukuman untuk pesalah rasuah supaya mereka benar-benar takut.


“Saya mencadangkan hukuman mati diperuntukkan terhadap pesalah rasuah,” katanya.


Bagi Siti Zuhro, hukuman ketika ini membolehkan seseorang pesalah dihukum penjara selama beberapa tahun, tetapi ia tidak sesuai untuk pesalah kelas atasan. Katanya, walaupun dihukum penjara selama beberapa tahun pesalah terbabit masih boleh berharap diberi keringanan daripada kerajaan. “Hanya hukuman mati boleh memberi kesan sebenar,” katanya. Ditanya sama ada cadangan itu akan mencetuskan kontroversi, Siti Zuhro berkata, ia boleh diatasi jika kerajaan serius menangani masalah rasuah. “Menjadi kemestian untuk Jokowi mengumpulkan pakar undang-undang dan akademik untuk membincangkan cadangan hukuman mati,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/05

No comments:

Post a Comment