Friday, September 5, 2014

Nyamuk Aedes dikesan di Jepun


TOKYO 4 Sept. - Pihak berkuasa Tokyo, hari ini menutup beberapa bahagian Taman Yoyogi, taman terbesar di negara ini selepas nyamuk Aedes yang membawa penyakit denggi ditemui di taman tersebut.
Wabak tersebut adalah pertama dikesan di Jepun dalam tempoh 70 tahun, dan setakat ini seramai 55 orang disahkan menghidap denggi termasuk seorang model yang membuat penggambaran untuk majalah Playboy edisi Jepun yang dipercayai melawat taman tersebut.
Penyakit yang dipanggil 'selsema tropika' itu disebar melalui sejenis nyamuk besar.
Minggu lalu, pasukan kesihatan menyembur racun serangga di taman tersebut dalam usaha membunuh nyamuk tersebut, bagaimanapun sehingga kini tiada kematian dicatatkan ekoran denggi di negara ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140905/lu_09/Nyamuk-Aedes-dikesan-di-Jepun#ixzz3CNqMFNz6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment