KHAMIS, 4 SEPTEMBER 2014 @ 8:59 AM
RIYADH: Mahkamah Arab Saudi semalam menjatuhkan hukuman antara dua hingga 27 tahun penjara ke atas seorang rakyat Amerika dan 23 yang lain atas tuduhan mencetuskan keganasan, merancang serangan terhadap rakyat asing dan rangkaian paip minyak.
Agensi berita rasmi Saudi Press berkata, rakyat Amerika berkenaan dijatuhi hukuman penjara 17 tahun dengan enam tahun daripada hukuman itu adalah kerana melakukan jenayah siber.
Rakyat Amerika itu juga diperintahkan keluar dari Arab Saudi sebaik selepas habis menjalani hukuman penjaranya.
Mereka yang dijatuhi hukuman termasuk seorang rakyat Yaman dan yang lain rakyat tempatan.
Media tempatan dalam laporan mereka bagaimanapun tidak menyebut nama pesalah, di mana serangan dilakukan dan bila mereka ditahan. - AP

No comments:
Post a Comment