5 September 2014
KIEV - UKRAINE. Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk menolak rancangan pelan damai yang dicadangkan Presiden Rusia, Vladimir Putin kerana mendakwa ia hanyalah sekadar helah pemimpin itu.
Yatsenyuk berkata, Putin cuba mengalihkan tumpuan dunia dengan menggariskan pelan damai tujuh perkara yang kononnya bertujuan untuk menghentikan konflik di tenggara Ukraine.
Kelmarin, Putin dengan yakin menyatakan perjanjian akhir tersebut akan dimeterai dalam rundingan di Minsk pada hari ini.
Memetik laporan Press TV, di bawah pelan damai itu, tentera Ukraine digesa menghentikan serangan udara di wilayah timur untuk membolehkan kumpulan pemerhati antarabangsa dihantar ke kawasan tersebut bagi melaksanakan gencatan senjata.
Selain itu, koridor kemanusiaan juga akan ditubuhkan bagi membolehkan bantuan dihantar ke Donetsk dan Luhansk.
Difahamkan, pelan damai tersebut bertujuan untuk menamatkan krisis di Ukraine yang telah mengorbankan lebih 2,600 nyawa sejak November lalu. - Press TV
No comments:
Post a Comment