Thursday, October 16, 2014

Kuota haji tahun depan kekal

SUASANA di Masjidilharam, minggu lalu.
Jeddah: Arab Saudi akan kekalkan pengurangan kuota 20 peratus terhadap jemaah haji asing dan 50 peratus jemaah tempatan untuk musim haji tahun depan.
"Langkah mengekalkan kuota akan diteruskan sehingga fasa ketiga kerja meluaskan kawasan tawaf sekeliling Kaabah siap sepenuhnya," kata Menteri Haji, Bandar Hajjar ketika memberi taklimat kepada pegawai kanan kementerian serta agensi dan jabatan berkaitan.
Projek pembesaran yang dilakukan adalah yang terbesar dalam sejarah Masjidilharam.
Arab Saudi mula mengurangkan kuota jemaah itu pada 2013.
Tempoh untuk visa umrah juga dikurangkan kepada 14 hari sebagai usaha untuk mengurangkan kesesakan di Masjidilharam.
Dalam pada itu, Bandar berkata, pelaksanaan laluan elektronik secara menyeluruh bagi jemaah haji sudah bermula.
Menurutnya, semua jemaah dikehendaki menggunakan sistem itu untuk menunaikan haji tahun depan.
Beliau menggesa agensi perkhidmatan haji dan pelancongan serta agensi berkaitan mengambil kesempatan terhadap projek berkenaan yang bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk jemaah haji. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 5:38 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2194#sthash.3e0hrC1i.dpuf

No comments:

Post a Comment