RABU, 15 OKTOBER 2014 @ 11:19 AM
KUALA LUMPUR: Pasukan penyiasat Malaysia berjaya memasuki kawasan nahas MH17 di Timur Ukraine semalam bagi mengambil barangan peribadi milik mangsa.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata bagaimapaun pasukan itu tidak dibenarkan untuk mencari bangkai pesawat malang itu.
"Kita sentiasa mendesak untuk masuk dalam tempoh ruang yang kecil ini sebelum tiba musim sejuk. Semalam, sekumpulan penyiasat kita dapat masuk, tapi hanya masuk ke lokasi nahas bagi mengambil barang peribadi mangsa MH17.
"Kalau boleh kita masuk mencari bangkai MH17, itu penting untuk kumpul bukti-bukti bagi kita menyiasat dengan lebih mendalam," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) di Dewan Rakyat, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata rundingan masih diteruskan dengan pihak pemisah namun jika usaha memasuki kawasan nahas gagal sebelum tibanya musim sejuk, bermakna usaha itu hanya dapat dilakukan semula menjelang April tahun depan.
Beliau menjelaskan, usaha rundingan bagi mendapatkan persetujuan gencatan senjata dengan puak pemisah di Ukraine diakui sukar dan memerlukan masa yang lebih lama memandangkan jumlahnya besar iaitu sekitar 12 dan 13 kumpulan.
"Kita faham kesulitan di Ukraine, bukan senang untuk dapat persetujuan kumpulan pemisah. Pasukan antarabangsa berusaha gigih untuk dapatkan persetujuan Ukraine dan pemisah. Kalau boleh kita pun mahu keluarkan bangkai pesawat MH17 itu sendiri (dari lokasi nahas)," katanya.
Terdahulu, menjawab soalan asal Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang), tempat perbicaraan sekiranya pihak yang bertanggungjawab dapat dikesan dan ditangkap, ia bergantung sepenuhnya kepada tempat yang paling mudah bagi pendakwaan dijalankan.
PASUKAN penyiasat Malaysia berjaya memasuki kawasan nahas MH17 di Timur Ukraine semalam. - Foto REUTERS |

No comments:
Post a Comment