Thursday, October 16, 2014

Lebih 82 juta penduduk China miskin


BEIJING 15 Okt. - Lebih 82 juta penduduk China hanya memperoleh pendapatan kurang 6.1 yuan (RM3.24) atau 2,300 yuan (RM1,221) setahun walaupun negara ini mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam tempoh sejak 10 tahun lalu sehingga menjadi negara ekonomi kedua terbesar dunia.
Pegawai kanan jabatan hal ehwal pembangunan dan membasmi kemiskinan, Zheng Wenkai berkata, jumlah rakyat yang miskin akan meningkat kepada lebih 200 juta orang jika mengikut standard yang ditetapkan oleh takrifan pendapatan Bank Dunia iaitu AS$1.25 (RM4.07) sehari.
"Penduduk miskin bukan sahaja mengalami kesukaran akibat pendapatan yang rendah, tetapi turut berdepan masalah untuk mendapatkan minuman, menikmati kemudahan asas seperti jalan raya, elektrik, pendidikan, perubatan dan pinjaman.
"Kebanyakan penduduk miskin juga tinggal di kawasan yang sering dilanda bencana dengan infrastruktur yang tidak mencukupi dan usaha untuk mengeluarkan mereka daripada tahap kemiskinan amat sukar," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141016/lu_06/Lebih-82-juta-penduduk-China-miskin#ixzz3GGALhxPe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment