Saturday, November 1, 2014

Agensi perisikan AS belanja AS$68 bilion


WASHINGTON – Agensi-agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) membelanjakan hampir AS$68 bilion (RM223.6 bilion) tahun ini manakala jumlah tersebut hampir menyamai perbelanjaan risikan pada tahun 2013, kata kerajaan AS kelmarin.
Perbelanjaan untuk 17 agensi risikan di AS itu mencapai jumlah tertinggi sekitar AS$80 bilion pada tahun 2011 dan beransur menurun selepas itu, menurut perangkaan tahunan Pejabat Pengarah Perisikan Nasional dan Jabatan Pertahanan.
Angka yang didedahkan itu merupakan keseluruhan peruntukan yang diluluskan Kongres pada tahun kewangan berakhir September lalu.
Sebanyak AS$50.5 bilion (RM166 bilion) peruntukan itu digunakan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan AS$17.4 bilion (RM57.2 bilion) lagi diagihkan untuk program perisikan tentera AS.
Jumlah perbelanjaan perisikan untuk tahun 2013 juga kekal AS$68 bilion walaupun bajet pe­risikan untuk tahun berkenaan melebihi angka tersebut. Namun, Kongres telah memotong peruntukan tersebut sebanyak beberapa bilion dolar.
Dalam pada itu, beberapa pegawai AS enggan mengulas bagaimana bajet tersebut digunakan atau maklumat pengagihannya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3HllnrPWj 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment