gitar bass milik Jokowi yang diterima daripada seorang anggota kumpulan Metallica ini akan dilelong.
Gitar rasuah milik Jokowi bakal dilelong
JAKARTA – Pesuruhjaya Komisi Pembanterasan Rasuah (KPK) meminjamkan sebuah gitar bass berjenama Ibanez berwarna merah milik bekas Gabenor Jakarta, Joko Widodo (Jokowi) untuk dihadiahkan kepada galeri rasuah KPK sebelum dilelong.
Gitar bass yang dihadiahkan oleh seorang pengurus promosi hiburan di Indonesia, Jonathan Liu itu dipercayai milik pemain gitar bass kumpulan muzik Metallica, Roberto Trujilo akan dilelong apabila tempoh masa pinjamannya berakhir.
Gitar ini dipinjamkan untuk tempoh masa yang tidak ditentukan. Namun pada suatu hari nanti, ia akan dilelong,” kata Pesuruhjaya KPK, Indonesia, Johan Budi baru-baru ini kepada portal berita jogja.tribunnews.com.
Menurut Johan, barangan dan gitar bass yang diserahkan kepada galeri rasuah itu telah menjadi hak milik negara.
Selain itu, hasil daripada penelitian KPK mendapati bahawa gitar bass tersebut yang diterima Joko Widodo merupakan satu bentuk rasuah.
“Gitar ini telah diserahkan semula kepada kerajaan melalui Kementerian Kewangan. Kami meminjamnya untuk dipamerkan di pejabat KPK sebagai contoh rasuah yang dilaporkan, bertujuan memberi kesedaran kepada pegawai membabitkan bentuk hadiah yang perlu dilaporkan.
“Barang yang diserahkan ini menjadi milik kerajaan,” katanya. Sejak 17 September lalu, KPK telah mempamerkan gitar bass berwarna merah milik Jokowi itu di galeri rasuah.
Sebelum ini, Jokowi yang kini merupakan Presiden Indonesia pernah membuat laporan mengenai pemberian gitar bass milik Roberto Trujilo pada Mei tahun lalu.
No comments:
Post a Comment