Koordinator Hak Asasi Manusia Majlis Kebangsaan Islam Kanada, Amy Awad berkata, laporan gangguan yang dialami penduduk Islam meningkat 10 kali ganda, termasuk berbentuk penghinaan yang diterima ketika berada di dalam bas, nota penghinaan yang diletakkan di cermin kereta dan kejadian buli di sekolah.
“Banyak rungutan yang kami terima daripada penduduk Islam.
“Bagaimanapun, kami turut menerima banyak reaksi positif yang menyokong Islam dan mereka yang menolak golongan yang terlalu taksub dengan gerakan sedemikian,” jelas Amy.
Menurutnya, kebiasaannya laporan tentang anti-Islam yang diterima oleh pertubuhan berkenaan adalah sebanyak lima kes seminggu, namun telah meningkat 10 kali ganda sejak seminggu yang lalu.
Kebimbangan penduduk Kanada terhadap serangan pengganas semakin memuncak selepas seorang lelaki bersenjata bertindak menembak mati seorang anggota tentera yang bertugas di bangunan Parlimen di sini pada 22 Oktober lalu.
Dua hari sebelum itu, seorang lelaki bertindak merempuh dua anggota tentera dengan kereta di Montreal, menyebabkan salah seorang daripada mereka terkorban.
Serangan berkenaan dilancarkan selepas Kanada bersetuju menghantar pesawat pejuangnya untuk membantu tentera pakatan menyerang kumpulan militan IS di Iraq.
Di Cold Lake, Alberta, minggu lalu yang menempatkan pangkalan tentera udara yang menghantar pesawat-pesawat pejuang Kanada ke Iraq untuk membantu tentera antarabangsa, penduduknya bergotong-royong membersihkan dan membaiki sebuah masjid yang dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab selepas berlaku insiden serangan di Ottawa itu.
Selepas memberishkan tulisan cat Go Home (pergi balik) sukarelawan-sukarelawan itu kemudian menulis kata-kata berbunyi: You are home (kamu kini berada di rumah kamu)
Minggu ini, seorang pelakon ditumbuk di muka oleh seorang penduduk di Hamilton, Ontario, tempat kelahiran askar yang terbunuh dalam serangan di Ottawa, selepas dia menghina seorang penduduk Islam di sebuah perhentian bas semasa satu eksperimen sosial untuk menguji kesabaran penduduk Kanada.
Video YouTube yang merakamkan eksperimen itu telah mendapat reaksi meluas dengan ditonton 1.3 orang. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sentimen-anti-islam-meningkat-di-kanada-1.19267#sthash.jE5qrXJT.dpuf
No comments:
Post a Comment