Jakarta: Walaupun jawatan sebagai menteri memberi imej yang berprestij, kadang-kadang gaji yang diterima jauh lebih rendah berbanding pendapatan daripada perniagaan.
Sekurang-kurangnya itu yang dialami Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti (gambar), yang baru dilantik Isnin lalu.
Kata Susi, gajinya ketika ini hanya 1 peratus daripada pendapatan yang diterima sebagai pemilik syarikat penerbangan Susi Air.
“Dengan gaji sebegitu , saya lagi suka bekerja di Susi Air berbanding menjadi menteri kerana tugas perlu dilaksanakan lebih banyak,” katanya dengan nada bergurau semalam.
Walaupun begitu, Susi berkata, dia berjanji akan tetap menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.
“Saya akan meluangkan masa dan tenaga demi negara,” katanya.
Sementara itu, Susi mendedahkan dia pernah digelar “gila” oleh kerajaan kerana selalu membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Malah, kata Susi, pada suatu ketika dia pernah membuat aduan kepada 10 kementerian secara serentak.
Namun dia menyatakan tidak kecewa dengan keadaan itu.
“Malah kini kerajaan berpendapat, kita perlukan ‘orang gila’ untuk memastikan tugas dilaksanakan,” katanya.
Pada masa sama, kata Susi, kini baru dia mengerti bahawa tidak mudah menjadi sebahagian daripada anggota kerajaan.
Katanya, dia perlu terbuka kepada kritikan daripada pelbagai pihak termasuk orang bawahan dan individu berpengaruh.
“Mungkin pada ketika tertentu saya akan kecewakan mereka, tetapi sebenarnya ia bertujuan baik,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5718#sthash.qPd8fIed.dpuf
No comments:
Post a Comment