Friday, August 7, 2015

Ahli keluarga di China enggan terima hakikat



Bao, salah seorang waris penumpang pesawat MH370 yang tidak dapat menerima hakikat bahawa cucunya sudah terbunuh dalam nahas udara.


BEIJING – Waris kepada penumpang China dalam pesawat MH370 marah dan tidak percaya selepas Perdana Menteri Malaysia mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di sebuah pulau di Lautan Hindi datang daripada pesawat malang tersebut.
Kebanyakan daripada penumpang dalam pe­nerbangan tersebut adalah warga China dan lebih 10 orang waris berkumpul di pejabat Penerbangan Malaysia (MAS) di sini dalam keadaan penuh emosi semalam.
“Saya tidak percaya maklumat terbaharu mengenai pesawat itu, mereka telah menipu kami sejak mula lagi. Saya tahu anak perempuan saya masih hidup tetapi mereka tidak mahu ceritakan perkara sebenar,” kata Zhang Yongli yang anak­nya berada dalam pesawat tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3i548cvlb 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment