Friday, August 7, 2015

Kerry bangkitkan isu Anwar, kebebasan



Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) John Kerry berkata beliau telah bercakap dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerry, dalam lawatan dua hari ke mesyuarat Asean di negara ini, telah mengadakan pertemuan dengan Najib dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman semalam.

“Saya bangkitkan kebimbangan berkaitan kebebasan bersuara dan saya bercakap dengan perdana menteri tentang keadaan Anwar,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Anwar sedang merengkok di penjara Sungai Buloh selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantu peribadi Saiful Bukhari Anwar.

Beliau dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas kalah di mahkamah tertinggi negara Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu.

No comments:

Post a Comment