|
PUTRAJAYA – Pakar penyiasatan Malaysia mengesahkan flaperon pesawat Boeing 777 yang ditemui di Pulau Reunion, Lautan Hindi minggu lalu adalah milik Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 berdasarkan beberapa ciri teknikal yang ada padanya.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pasukan penyiasat Malaysia yang terdiri daripada pakar Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan MAS telah mengenal pasti serpihan sayap itu berdasarkan tanda pengesahan penyenggaraan yang sama dengan rekod MAS.
“Pasukan pakar penyiasatan Malaysia telah menjalankan siasatan terhadap flaperon yang ditemui di Pulau Reunion baru-baru ini dan hasilnya mendapati tanda rekod selenggara yang ada pada serpihan sayap itu sepadan dengan rekod penyenggaraan yang disimpan MAS.
“Selain itu, warna flaperon dan beberapa maklumat teknikal lain pada serpihan itu juga sepadan dengan ciri-ciri MH370,” katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.
Menurut beliau, penemuan flaperon di Pulau Reunion yang disahkan milik MH370 itu juga selari dengan laporan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) yang dikeluarkan sebelum ini berhubung arah aliran arus di kawasan selatan Lautan Hindi yang memungkinkan serpihan pesawat malang itu terdampar di kepulauan sekitar Madagascar.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3i53vYNrM
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment