Friday, August 7, 2015

Rahman Dahlan 're-tweet' dakwaan konspirasi anti-Najib


Pengarah komunikasi strategik BN Datuk Rahman Dahlan hari ini mengulang tweet berkaitan dakwaan konspirasi peringkat tinggi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Spekulasi berkaitan sebelum ini muncul selepas pengguguran Tan Sri Gani Patail sebagai peguam negara dan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu.

Rahman hari ini mengulang tweet tulisan sebuah blog yang membuat dakwaan terperinci berhubung dakwaan langkah itu.

Menurut tulisan wartawan veteran Datuk Ahiruddin Atan, blog Seademon Says diuruskan oleh “anak ketua polis negara yang paling lama berkhidmat”.

Beberapa laporan media mengenal pasti seorang bekas juruterbang tentera sebagai pihak yang menggerakkan Seademon.

Tanpa menamakan secara jelas, blog itu menyebut seorang bekas menteri kanan telah bertemu dengan ketua pembangkang bersama 30 anggota parlimen untuk membimbangkan pembentukan kerajaan campuran baru.

Didakwa juga terdapat pertemuan hampir sama di KLGCC, yang mana kira-kira 15 orang hadir.

Penulis blog juga mendakwa mengambil maklum tiga perkara, pertama berkaitan pertemuan sultan Johor dan Muhyiddin yang didakwa disusun seorang ahli perniagaan.

[Baca berita asal]

No comments:

Post a Comment