SHAH ALAM - Sebagai seorang ketua atau pemimpin negara, pengisytiharan terhadap pemberian dan derma yang diterima perlu dilakukan bagi mengelak sebarang fitnah.
Pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud berkata, pengisytiharan tersebut perlu merangkumi siapa individu yang memberikan derma, untuk apa derma diberikan dan ke mana duit itu disalurkan.
“Bila berlaku pendedahan daripada pihak tertentu dan pengesahan daripada pihak berkuasa baru kita mahu maklumkan kepada rakyat. Sebagai pemimpin yang jujur sepatutnya sejak dari awal dia menerima sumbangan itu, ia perlu diisytiharkan.
“Pastinya akan ada yang mempersoalkannya dengan mengatakan kenapa rakyat tidak terima satu sen pun daripada duit derma itu? Soalnya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, dalam perkembangan kini, wujud jurang sangat besar antara pemimpin dengan rakyat kerana beban kos sara hidup yang ditanggung.
“Senang kata, yang kaya akan semakin kaya dan yang miskin akan terus terhimpit dengan bermacam-macam kenaikan harga barang.
“ALLAH berfirman, jangan kamu makan harta antara kamu dengan cara tidak betul. Ayat ini sangat jelas menyatakan mengenai kejujuran dalam memegang amanah,” katanya.
Ditanya adakah wajar sekiranya seseorang yang menjawat jawatan penting seperti penguat kuasa, polis, pegawai kerajaan mahupun perdana menteri menerima pemberian hadiah, derma atau wang dari individu tertentu, Hassan berkata, mereka tidak boleh menerima pemberian itu sekiranya ia melibatkan balasan yang diterima oleh pemberi.
“Sebagai contoh seseorang itu mahukan sesuatu projek dan beri imbuhan orang yang menguruskannya dengan mengatakan ia hanya hadiah, ia tetap rasuah dan haram.
“Satu lagi saya ingin bangkitkan ialah, sekiranya seseorang itu bukan ketua sesebuah organisasi, adakah individu yang akan beri wang atau apa-apa dalam jumlah yang besar?,” soalnya.

No comments:
Post a Comment